Perkongsian Tips Menulis : Bahagian 1


Bismillah..

Assalamualaikum para pembaca budiman. Wow…lamanya saya tidak menjenguk blog ini. Bisu tanpa suara. Hehe..
Bukan tidak berminat, tetapi begitu banyak halangan yang terpaksa saya tempuh beberapa minggu lepas. Laptop rosak, ditambah dengan kesibukan menyiapkan tempahan telekung para pelanggan. Alhamdulillah…selesai. Namun, perjuangan akan diteruskan lagi malam mini. Insya’allah…banyak lagi tempahan belum siap. Alhamdulillah juga, laptop kini mula beroperasi seperti sediakala. Mahu  menulis menggunakan telefon pintar ini, itu sangat mencabar. Maklumlah handphone cap itik ni cukup kecil dan comel. Banyak alas an pula saya kan? Kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak berjuta alas an. Waduh ! Terkena kepala sendiri. Hihi..

Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu menyertai Bengkel Penulisan Novel Islami anjuran Bebas Press dengan kerjasama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Bengkel ini berlangsung pada 31 Mei 2014 bertempat di pejabat Must Read Sdn. Bhd Wangsa Melawati bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang. Seharian bengkel ini menceritakan tentang penulisan novel secara Islamik. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada orang awam supaya sedar betapa besarnya pengaruh novel berunsur Islamik dalam mendidik masyarakat. Hal ini bagi melawan arus perkembangan novel berunsur cinta yang membuai perasaan dan lebih banyak membawa kepada kelalaian.
Penceramah pertama dalam bengkel ini ialah Puan Norliana Omar atau nama penanya Leanna Adam. Beliau merupakan editor yang cukup berkaliber. Novel terbaru tulisannya bertajuk (maaf saya lupa). Beliau juga kini mempunyai syarikta penerbitan sendiri yang diberi nama Citra Fansuri. Sangat menyentap apabila beliau dengan jujurnya menyatakan, 

“Saya cukup sedih dengan beberapa syarikat penerbitan di Malaysia. Tulisan tak berkualiti pun diterbitkan.”

Benar, bagi saya sendiri pun yang cuma lebih banyak membaca, kebanjiran bahan bacaan berbentuk majalah dan novel di Malaysia sekarang lebih banyak yang mengarah kepada kelalaian dan mampu menyumbang kepada gejala sosial. Masyarakat dididik dengan cinta couple, dan beberapa kisah curang isteri terhadap suami. Belum masuk lagi bab mengangkat darjat penzina atau perogol seolah-olah perbuatan dosa itu tiada apa-apa asalkan ‘cinta suci’ terus terjalin. Amat sedih apabila cerita novel sebeginilah yang menjadi minat dan pilihan para anak muda. Buktinya, lihat saja di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Hehe…membebel pula saya.

Antara perkongsian menarik daripada Puan Norliana Omar ialah berkenaan kaedah menghasilkan novel yang baik :

Bagaimana menghasilkan novel yang baik?
1.       Apa kita nak tulis
(tulis dahulu, ketepikan bahasa elok atau tidak)
2.     Kenapa kita nak tulis ?
(Niat)
3.    Bagaimana nak tulis ?
(Mesti membaca banyak)

Selain itu, beliau turut menerangkan susunan  menulis sebuah novel.

Anatomi Buku Novel :
1.        Awalan
(Bahagian ini boleh bermula dengan prolog permulaan cerita, pertengahan cerita atau akhiran cerita)
2.     Pertengahan / klimaks
3.     Akhiran

Pada pandangan beliau, tulisan novel yang baik adalah novel yang banyak berlaku konflik dalam cerita. Rahsia menulis yang baik ialah menulis sesuatu yang paling dekat dengan kita. Hal ini bagi memastikan kita mampu menjiwai tulisan tersebut.

Graf garis susunan penulisan novel asas.

                      Awalan                                      Klimaks            Akhiran





Perhatikan pula graf garis yang berikut :


Graf garis cerita novel yang banyak konflik





Novel yang baik ialah yang paling banyak berlaku konflik. Konflik yang terjadi berlaku disertai dengan penyelesaiannya iaitu :

1.  Apa nasihat di sebalik konflik ?

2.  Apa bentuk penyelesaian knflik tersebut ?
3. Apakah yang berlaku seterusnya ?


Terdapat beberapa bentuk bacaan fiksyen dan bukan fiksyen yang baik seperti :

Ø  Fiksyen

Ø  Fantasi

Ø  Futuristik

Ø  Thriller

Ø  Romance

Ø  Autobiografi

Ø  Traveler

Ø  Historical fiction


Namun, menurut beliau, fiksyen terbaik ialah Al-Quran. Segalanya lengkap di dalam Al-Quran. Maka, rujukan terbaik sesebuah novel ialah Al-Quran. Mendapatkan rujukan terbaik amat penting bagi sesebuah novel kerana novel yang bagus mampu memberi ilmu pengetahuan baru kepada pembacanya. Apakah kita mahu menulis tanpa ilmu untuk dibaca oleh orang yang berilmu? Kita juga mesti memahami bahawa menulis merupakan salah satu cara untuk menyampaikan ilmu.


Bahasa yang baik juga penting dalam sesebuah tulisan. Bahasa yang bagus mampu menarik pembaca untuk terus membaca. Namun, bahasa yang bagus hanya akan lahir apabila kita memulakan dengan menulis dan terus menulis serta pembacaan yang konsisten. Jika kita malas membaca amat mustahil untuk kita menghasilkan penulisan yang bagus.

Mungkin kita boleh mengambil contoh tulisan novel dari Indonesia. Kisah yang mereka angkat seperti isu gelandangan, anak jalanan, kemiskinan, dan sebagainya disampaikan dengan cara dan bahasa yang berkualiti. Begitu juga dengan para penulis novel dari negara lain. Antara penulis yang dicadangkan untuk dibaca tulisannya oleh penceramah ialah :

Penulis Malaysia :

1.       A. Samad Said

2.       Zain Kasturi

3.       SM Zakir

4.       Faisal Tehrani

5.       Asmah Nordin

6.       Nisah Haron

7.       Hilal Asyraf

8.       Web Sutera

9.       Bonda Nor



Penulis Inggeris :

1.       Paulo Ceolhe

2.       Matthew Really

3.       Steve Berry

4.       Kate Mosse

5.       James Rollin

6.       James Patterson

7.       Sdiney Sheldon



Penulis Indonesia Terbaik semasa :

1.       Lintang Sugianto

2.       A. Fuadi

3.       Tere Liye

4.       Andrea Hirata



·         Selain itu antara penulis yang saya kagumi dan suka membacanya ialah :

1.       Asma Nadia (Indonesia)

2.       Pramoedya Ananta Toer (Indonesia)

3.       HAMKA

*Saya tambah sendiri yaJ

Puan Norliana turut memberi panduan persiapan menulis sebuah novel :



11.  Niat

Ø  Niat yang betul akan membantu memudahkan penulisan dan bakal membawa implikasi besar terhadap pembaca. Jika berniat untuk dapat duit, maka kita tidak kisah bahan yang kita hendak tulis dan cerita yang akan ditulis itu membawa kesan yang baik atau buruk terhadap masyarakat yang membacanya.

Ø  Maka niatlah kerana Allah kerana menulis adalah dakwah.



22.   Apa yang hendak ditulis

Walaupun sesebuah cerita itu sudah pernah ditulis, namun setiap cerita aka nada identity tersendiri. Untuk mendapatkan identity penulisan inilah yang mencabar kerana ia memerlukan kekuatan jalan cerita, olahan dan bahasa yang baik. Contohnya kisah Alexander The Great.



33. Kerja rumah

Ø  Bahagian ini memerlukan penulis menyediakan bahan dan rujukan yang betul, memiliki fakta yang tepat.

Ø  Tulisan yang baik mampu memberi ilmu kepada orang yang membaca.

Ø  Penulisan yang baik memiliki ruh.



44.  Tulis

Ø  Mula menulis.


55.  Peram

Ø  Peram dahulu tulisan anda. Jangan terus dihantar kepada penerbit.



66. Polish

Ø   Bahagian ini memerlukan penulis membaca semula tulisan. Di sini penulis akan dapat mengenal pasti kekurangan tulisan tersebut dan boleh menambah baik.

77.  Proposal dihantar (sinopsis)

Ø  Hantar kepada penerbit.




Kunci untuk menulis ialah mulakan dengan :

MEMBACA
+
MEMBACA
+
MEMBACA
=
MENULIS

*Apabila sudah mula tidak tahu untuk menulis, teruskan menulis dan berhenti dahulu membaca. Kaedah ini akan menghilangkan rasa ketidak tahuan atau kehabisan idea yang mahu dikeluarkan.





Akhir sekali, kita harus memahami bahawa ketika kita menulis, jangan merasakan kita sudah pandai sangat dan pembaca tidak pandai. Hal ini mengelakkan kita menulis berdasarkan rasa syok sendiri.



Baiklah, untuk kali ini setakat ini dahulu perkongsian yang dapat saya coretkan. Insya’Allah saya akan kongsikan pula bahagian lain yang telah disampaikan oleh penceramah lain dalam bengkel ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada tulisan tak seberapa ini.

Amiin.



Mohon maaf aas segala kekurangan dalam catatan ini. Sekadar berkongsi hal yang sempat saya catatkan;)


'Semua penulis akan mati, hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. 
Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti.'
-Saidina Ali bin Abi Talib-



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa':)

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D