Posts

Showing posts with the label Telekung Dewasa

Projek Telekung Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

Image
Seminggu yang penuh cabaran. Terkeja-kejar memenuhi permintaan pelanggan. Tudung sekolah, telekung kanak-kanak, dan album pouch. Paling mencabar ialah menyiapkan tempahan telekung untuk projek beli dan wakaf untuk mangsa banjir dan surau serta masjid di Pantai Timur ketika ini. Projek ini pada asalnya bermula apabila saya menjahit beberapa pasang untuk dihantar sebagai sumbangan individu saya. Saya tidak banyak wang untuk disedekahkan. Namun, setiap kali melihat gambar-gambar mangsa banjir, runtun jiwa saya. Lalu saya terfikir untuk menambah lagi pemberian berdasarkan kain-kain telekung yang belum berjahit masih ada dalam simpanan saya. Ketika rakan saya yang mengutip sumbangan datang ke rumah untuk mengambil telekung-telekung tersebut, dia mencadangkan supaya saya sediakan harga untuk pakej beli dan wakaf. Saya tidak setuju kerana pada anggapan saya biarlah saya sedekah saja cukuplah. Esoknya saya tambah lagi beberapa pasang. Seharian menyiapkannya. Jam 4.30pagi. Sebelum saya me...

TELEKUNG SEDONDON SI PUTIH MELUR

Image
Bismillah... Alhamdulillah...antara hasil minggu ini yang terpilih untuk dimasukkan dalam entri kali ini. Koleksi sedondon rona putih untuk ibu dan anak umur 4 tahun. Mereka (padahal ibunya saja..hehe) memilih putih sebagai warna tema. -Lihat gambar- Cuba-cuba edit gambar menggunakan photogrid. Pemilihan renda sebagai hiasan utama lapik dahi menjadikan telekung ini kelihatan eksklusif.Hehe..betulkah bahasa ini? Penggunaan renda kecil berbentuk bunga enam kelopak menambah lagi seri bahagian lapik dahi.  Telekung ini,seperti biasa menekankan aspek menepati syariat, selesa dan cantik.  Sisi paling penting, telekung ini dipasang dengan lapik dada yang labuhnya melepasi dada. Tujuannya agar pemakai benar-benar menutup aurat. Tiada lagi was was-was. Bagi membuat tempahan boleh menghubungi Kak Nisa' di talian 0194001674. Boleh sms atau whatsapp. Jemput LikE and share page saya Seharum Melur Enterprise. Terima kasih ibu yang menempah. Semoga selesa ...

TELEKUNG DEWASA NUR

Image
Bismillahirrahmanirrahiim... Assalamualaikum. Memperkenalkan telekung dewasa yang   saya namakan Telekung Nur,   Koleksi Seharum Melur. Cantik. Selesa. Harga Berpatutan. Material Fabrik : Tetron Cotton@TC berkualiti.  Abaikan budak kenit di sebelah tu.  Lapik dada yang labuh.   Boleh pilih warna kesukaan anda.  Ciri-ciri telekung ini : -Penggunaan fabrik yang sejuk, ringan dan mudah dibasuh. -Menggunakan renda berwarna sebagai hiasan lapik dahi ditambah dengan lace kecil di hujung lapik dahi. - Lapik dada labuh menutupi pangkal leher dan dada. Jika inginkan ekstra, boleh dilabuhkan hingga ke pinggang. -Keselesaan bahagian muka , tidak perlu memakai anak tudung lagi. Ukuran telekung : Labuh depan 46inci hingga 50 inci Labuh belakang 48- 51 inci Ukuran labuh kain : 58 inci Lebar kain : 68 inci keliling Lilitan muka :  S = 23 inci...