Posts

Showing posts with the label Catatan Pengalaman

Mak Cik Sya yang Menginspirasikan

Kemarin, saya bersama anak-anak singgah solat Zohor di sebuah masjid. Rancangan hendak ke Jabatan Haiwan membawa si Ben yang sakit. Saat kami sedang bersiap untuk berwudhu', saya terserempak cleaner masjid, yang mesra dengan panggilan Mak Cik Sya. Mak Cik Sya sangat penyayang dengan kucing. Hampir setiap kali kami bertemu di masjid, perkara utama yang akan dibualkan beliau adalah berkenaan kucing, terutamanya kucing-kucing di masjid itu. Setiap hari Mak Cik Sya akan membawa makanan dari rumahnya untuk diberi kepada kucing-kucing di masjid tersebut. Bukan setakat beri makanan, segala najis kucing  dan tempat tidur kucing-kucing di situ pun Mak Cik Sya uruskan. Sewaktu hendak berlalu ke ruang solat, sempat Mak Cik Sya bertanya, " Anak mau balik sudah lepas solat?" "Lepas ni ke Klinik Jabatan Haiwan dulu Mak Cik. Bawa kucing saya, cirit birit teruk sudah. Di situ murah juga kosnya." Jawab saya pantas. "Oh, bolehkah bawa sekali Si Putih? Sama juga saki...

Tentang Sepi

Sepi ... Adakala menenangkan Sesekali sepi itu menakutkan Seringkali sepi dirasakan sedih Walhal sepi medan mengumpul kekuatan Untuk sebuah perjuangan  Sepi bukan bermakna kalah Diam tidak bererti lelah Sesungguhnya sepi, menggamit saat muhasabah Agar diri, dan jiwa terus melihat hikmah  Saat bibirmu diam dari berbalas kata, Itu tanda ketenangan ada dalam jiwa Sepi dan diam  Biar hati terus merenung diri  Andai khilaf mohon keampunan Andai benar pintalah pedoman Kerana kita bukan sesiapa tanpa-Nya Sepi, kala sepertiga malam Doamu dalam diam  Rintihanmu penuh keikhlasan Allah pasti mendengarnya Sepi itu indah  Diam itu anugerah. Nukilan, Mama Nisa'  12 Ogos 2019

Masa Yang Mengubah Rasa

Image
(Meraikan diri yang sedang menginjak lantai ke-5 tahun sebagai ibu tunggal:)) Kutiplah hikmah dalam setiap ujian Kerana ujianlah kita kuat dan matang Bismillahi wal hamdulillah Lamanya tak menyapa blog saya ni. Hehe... penuh sawang nampaknya. Entah semangat apa yang datang hari ini, dikuatkan jiwa untuk buka semula blog yang telah saya tinggalkan hampir 5 tahun yang lalu. Eh, 5 tahun? Masya Allah lamanya ! Tanpa sedar, masa berlalu sangat cepat. Tanpa sedar juga, rupanya saya sudah menginjak ke lantai 5 tahun kehidupan sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah , segalanya atas kehendak-Mu jua Ya Allah. Mujurlah masih diingat lagi kata kunci blog ini. Maka, dengan jayanya saya buka. Tiba-tiba perasaan ingin menulis dan mengisi semula ruangan di sini datang membuak-buak. Setelah sekian lamanya semangat menulis saya pergi. Ya Allah, izinkanlah hamba-Mu ini bangkit semula untuk mencatat dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Mudah-mudahan akan menjadi asbab unt...

Rona Kehidupan Bagai Sebuah Jahitan

Image
Sewaktu saya bertugas di pusat pemulihan akhlak dahulu, saya pernah mengikuti kelas jahitan bersama seorang guru sukarela yang datang mengajar para pelatih di situ. Suatu hari ketika kelas sedang berlangsung, guru itu berkata,  "Menjahit ni seninya tinggi. Banyak kperkara yang dapat kita pelajari. Menjahit umpama kita menjalani sebuah kehidupan, ada waktu kita gembira menjahit, ada waktu kita stres. Sesekali kita tersilap jahit, walau sudah bertahun-tahun kita menjahit benda yang sama. Semua ini akan membentuk sebuah kesabaran. Jika kita tak sabar dan cepat putus asa, kita takkan mampu menjadi tukang jahit yang berjaya. Begitulah juga dengan kehidupan, adakalanya kita gagal sebelum berjaya, kita tertekan dengan segala kesusahan dan ujian dari Tuhan. Hakikatnya, kesabaran sahaja yang akan membantu kita mengatasi sesebuah ujian itu walau sesukar mana sekalipun. Sama jugalah dalam hal mendidik anak. Sesekali kita diuji dengan karenah anak." Saya terkedu dan masih terngiang-...

Mesin Pemotong Kain Elektrik OCTA

Image
Sepi malam mula menyapa. Si Kecil kesayangan sudah dibuai mimpi. Itu pun kerana dipaksa tidur. Diiring tangis dan omelannya meminta coklat, dia tidur tanpa alas. Merajuk kerana mahu coklat tetapi saya tidak membenarkannya. Satu jam mendengar tangisannya barulah dia tidur dengan tenang. Sabarlah ya anak, esok jika panjang umur Mama berikan coklat tersebut. "Sudah malam, tidak elok makan coklat" , saya cuba memujuknya walaupun nampak tidak berkesan. Tenang melihat wajahnya sewaktu tidur. Selesai menanti dia benar-benar melelapkan mata, barulah saya bangkit semula menyambung kerja rutin. Malam ini hendak menyambung jahitan tudung sekolah berwarna hitam. Siang tadi Alhamdulillah, berjaya menyiapkan jahitan dan kemasan awningnya. Malam ini ingin mula menyambungkan ke badan tudung. Cabaran menyiapkan tudung ini ialah fabriknya yang berwarna hitam. Mesin saya tidak mempunyai lampu. Model lama. Terkebil-kebil mata saya cuba mengamati setiap mata jahitan ke atas...

Kisah 50 Helai Tudung: Hanya Cerita Biasa Saja

Image
Bismillah...            Lama tak menyapa blog ini. Tugasan  yang ada masih banyak untuk disiapkan. Kelas blog memang mencabar untuk saya yang masih sangat baru untuk menjinakkan diri dalam dunia penulisan blog. Mujur saja saya ditakdirkan untuk belajar dengan seorang guru yang baik dan sabar. Seandainya saya yang menjadi guru penulisan blog dan punyai murid seperti saya ini, pasti ramai yang sudah kena cubit. Hehe...           Untuk entri kali ini, saya ingin bekongsi cerita kehidupan saya yang biasa-biasa saja. Tidak ada yang terlalu menarik. Namun, saya yakin dan percaya, sesuatu yang biasa-biasa itu andai saja ia baik dan bermanfaat ia pasti membawa kesan yang luar biasa.          Dua hari lepas saya berjaya menyiapkan 50 helai tudung sekolah untuk pelajar prasekolah. Saya menggunakan fabrik jersy micro fiber. Mungkin bagi yang sudah lama dalam bidang jahitan, jumlah itu tidaklah banyak...

Mengajar Anak Tidur di Bilik Sendiri: Cadar Pertama Buat Syuhada'

Image
M endidik anak memang memerlukan kesabaran. Asas Islami dalam kehidupan mesti kita pelajari dan amalkan. Apatah lagi ketika anak sudah mula membesar dan mula memahami perkara abstrak dalam aktiviti sehariannya.  'Awwaluddin Ma'rifatullah' Awal agama mengenal Allah. Satu hari, ketika saya sedang mengemas bilik jahitan saya, anak saya Syuhada' yang berusia tiga tahun 7 bulan datang menyapa saya.  "Mama, kenapa Mama salam dan peluk abah. Mama kan girl, abah kan boy. Girl dengan boy mana boleh pegang-pegang, joget-joget, peluk-peluk. ", dia berbicara penuh semangat hingga butir katanya seperti orang dewasa. Saya terkejut. Dalam hati rupanya anak saya ini membuat pemerhatian dan mula membanding dengan nasihat yang pernah saya berikan kepadanya.  "Kat mana Syuhada' tengok Mama peluk abah? " "Kan pagi tadi Mama salam abah dan peluk abah, masa abah nak pergi kerja tu." , dia terus memberi penjelasan. Kepala saya suda...

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat wal'afiat belaka, insya'Allah.  Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan cara membuat setting  jahit tepi halus gedik menggunakan mesin jahit tepi mudah alih Brother 3034D. Insya'Allah saya akan berikan tutorialnya menggunakan gambar tanpa suara berikut. Semoga mudah difahami.  Akhir sekali saya ingatkan, jangan lupa cabut tapak jahit halus biasa. Kalau tak cabut, jahitan tetap akan besar walaupun setting yang lain sudah betul. Selamat mencuba!

Perkongsian Tips Menulis : Bahagian 1

Image
Bismillah.. Assalamualaikum para pembaca budiman. Wow…lamanya saya tidak menjenguk blog ini. Bisu tanpa suara. Hehe.. Bukan tidak berminat, tetapi begitu banyak halangan yang terpaksa saya tempuh beberapa minggu lepas. Laptop rosak, ditambah dengan kesibukan menyiapkan tempahan telekung para pelanggan. Alhamdulillah…selesai. Namun, perjuangan akan diteruskan lagi malam mini. Insya’allah…banyak lagi tempahan belum siap. Alhamdulillah juga, laptop kini mula beroperasi seperti sediakala. Mahu   menulis menggunakan telefon pintar ini, itu sangat mencabar. Maklumlah handphone cap itik ni cukup kecil dan comel. Banyak alas an pula saya kan? Kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak berjuta alas an. Waduh ! Terkena kepala sendiri. Hihi.. Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu menyertai Bengkel Penulisan Novel Islami anjuran Bebas Press dengan kerjasama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Bengkel ini berlangsung pada 31 Mei 2014 bertempat di pejabat Must Rea...