Posts

Showing posts with the label Motivasi

Mak Cik Sya yang Menginspirasikan

Kemarin, saya bersama anak-anak singgah solat Zohor di sebuah masjid. Rancangan hendak ke Jabatan Haiwan membawa si Ben yang sakit. Saat kami sedang bersiap untuk berwudhu', saya terserempak cleaner masjid, yang mesra dengan panggilan Mak Cik Sya. Mak Cik Sya sangat penyayang dengan kucing. Hampir setiap kali kami bertemu di masjid, perkara utama yang akan dibualkan beliau adalah berkenaan kucing, terutamanya kucing-kucing di masjid itu. Setiap hari Mak Cik Sya akan membawa makanan dari rumahnya untuk diberi kepada kucing-kucing di masjid tersebut. Bukan setakat beri makanan, segala najis kucing  dan tempat tidur kucing-kucing di situ pun Mak Cik Sya uruskan. Sewaktu hendak berlalu ke ruang solat, sempat Mak Cik Sya bertanya, " Anak mau balik sudah lepas solat?" "Lepas ni ke Klinik Jabatan Haiwan dulu Mak Cik. Bawa kucing saya, cirit birit teruk sudah. Di situ murah juga kosnya." Jawab saya pantas. "Oh, bolehkah bawa sekali Si Putih? Sama juga saki...

Tentang Sepi

Sepi ... Adakala menenangkan Sesekali sepi itu menakutkan Seringkali sepi dirasakan sedih Walhal sepi medan mengumpul kekuatan Untuk sebuah perjuangan  Sepi bukan bermakna kalah Diam tidak bererti lelah Sesungguhnya sepi, menggamit saat muhasabah Agar diri, dan jiwa terus melihat hikmah  Saat bibirmu diam dari berbalas kata, Itu tanda ketenangan ada dalam jiwa Sepi dan diam  Biar hati terus merenung diri  Andai khilaf mohon keampunan Andai benar pintalah pedoman Kerana kita bukan sesiapa tanpa-Nya Sepi, kala sepertiga malam Doamu dalam diam  Rintihanmu penuh keikhlasan Allah pasti mendengarnya Sepi itu indah  Diam itu anugerah. Nukilan, Mama Nisa'  12 Ogos 2019
Kebaikan itu daripada Yang Maha Baik. Apabila  Allah menghendaki seseorang menjadi baik, maka diberi kemudahan baginya untuk memahami agama, mencintai iman dan bencikan kemaksiatan Hamba yang lidahnya penuh dzikir, tak tergamak untuk berkata cela apalagi mencela. Akalnya yang penuh keimanan tak akan tega melafaz kata dusta. Hamba yang khusyuk dalam solatnya, baik pulalah tutur katanya, kerana dia sedar, Allah... memerhati dan mengetahui setiap perbuatannya. Hatta sedetik degup jantungnya tak pernah terlepas dari pengetahuan-Nya. Terus-menerus hamba itu berdoa untuk kebaikan saudaranya, sehingga malaikat menggantikan doa itu dengan mendoakan kembali kebaikan buat diri si hamba tersebut. Hamba itu yang sentiasa berprasangka baik terhadap sesama manusia akan berprasangka baik kepada Allah... "bahawa setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik dan pasti berakhir dengan indah." Sungguh, Allah itu Maha Baik dan sukakan kebaikan dan Dia tak pernah menzali...

Tirai 2015: Semoga Duka Menyubur Iman

Image
Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya. 2015 muncul, membuka tirai baru. Seawal tahun ini, umum mengetahui dan merasai kepiluan yang bukan kepalang. 2014 yang ditutup dengan musibah banjir. Kerosakan dan kematian yang tidak pernah dijangka. Belum sempat menginjak lantai 2015, di hujung tahun malang 2014 itu dunia dikejutkan dengan petaka QZ8501 terhempas di lautan. Sekali lagi air mata mengiringi. Sungguh, musibah datang tanpa dijangka. Kehilangan, kesakitan adalah sebahagian daripada kehidupan. Hakikatnya, semua itu adalah ujian. Kesusahan, kesedihan, perpisahan, kehilangan, bahkan kesenangan dan kemewahan juga merupakan ujian. Hidup ini sesungguhnya adalah sebuah ujian. Setiap jiwa yang dihidupkan di dunia ini tidak telepas daripada ujian. Untuk apa? Bagi ALLAH Tuhan Yang Maha Berkuasa, sebuah ujian adalah bagi melihat siapakah antara hamba-hamba-Nya yang paling mencintai-Nya. Untuk seorang hamba, sepatutnya setiap ujian adalah tingkat pertambahan iman. Sejauh mana ki...

Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.

Image
Buku ini mengingatkan saya tentang cita-cita selepas PMR dahulu. Saya berangan untuk masuk ke sekolah vokasional. Belajar dalam aliran kemahiran. Namun,  Allah takdirkan saya masuk ke kelas sains. Kini setelah 16 tahun berlalu, saya bertemu semula buku ini walaupun saya bukan lagi budak sekolah. Saya kini menjadi seorang tukang jahit. Yes, I'm a tailor. Sering terjadi sesuatu yang kita doakan dalam hati walau hanya dalam hati, Allah mendengarnya. Tidak tertunai hari ini, bukan bermakna Dia tidak menunaikan doamu tetapi Dia melambatkan seketika. Hanyasanya kerana hanya Dia lebih mengetahui saat dan waktu yang paling tepat untuk memenuhi keperluan seseorang hamba-Nya. Allah Maha Bijaksana dan tak pernah menzalimi setiap ciptaan-Nya. Kita sahaja yang harus memilih jalan kebaikan atau keburukan. Yakinlah bahawa doa kita didengari Allah. Allah kata, "Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan." Selamat hari kemerdekaan ke-57 tahun. Doa saya pagi ini, semoga umat Isla...

Ketenangan Adalah Kebahagiaan : Ubatlah Hatimu

Image
Bismillah.. Assalamualaikum. Semoga semuanya sihat dan ceria. Suatu malam, saya menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas daripada seseorang yang saya sangat akrab. Lama benar tak mendengar berita dirinya. Sejak kedua-duanya berkahwin dan punyai anak masing-masing, kesibukan mengurus hal keluarga dan kerja rumah sedikit mengekang untuk kami sering berhubung kecuali hal penting. Ya, malam ini kehadiran mesej beliau pastinya ada sesuatu yang sangat penting. Tengah malam begini beliau menghubungi saya, saya anggap bukan suka-suka seperti kami masih perawan dahulu. "Kak, maaf ganggu akak malam-malam begini. Sebenarnya saya tak tahu nak cerita dengan siapa, namun saya dah tak mampu menderita lagi ." Saya segera membalas, "Salam. Ya dik, ceritalah. Insya'allah akak akan bantu." Beberapa ketika handphone saya berbunyi lagi menandakan SMS masuk. " Saya tak tenang kak. Saya tak tahu kenapa saya rasa begini. Saya buntu." " Kenapa? Be...

Memandu Ego

Image
Bismillah Wal Hamdulillah... Panjatkan rasa syukur ke hadrat Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.  Assalamualaikum wtb.  Hari ini istimewa untuk saya. Alhamdulillah, diizinkan untuk menginjak lantai usia ke 31 tahun. Seawal maghrib semalam suami menelefon dari tempat kerja mengajak kami keluar makan. Katanya ingin meraikan hari lahir saya. Hehe…tersipu-sipu diri ini. Memilih tempat berhampiran rumah sahaja bukan main lamanya kerana tapak parkir penuh semuanya. Anak dara kami sudah bising. Ketika memasuki kawasan parkir yang agak jauh dari tempat makan pilihan kami, anak kecil itu berdoa,” Ya Allah bagilah abah dapat tempat parking..Kesian kat kami..”. Suara halusnya terdengar jelas sekali. Comel dan menyentuh rasa hati. Semasa masuk ke tempat makan, di sebuah restoran sederhana saja, sekumpulan manusia duduk di sebelah meja pilihan kami. Lagaknya seperti sedang berbincang hal penting. Mereka kelihatan begitu asyik bercakap. Sewaktu hampir habis kami maka...