Posts

Showing posts from 2014

Rona Kehidupan Bagai Sebuah Jahitan

Image
Sewaktu saya bertugas di pusat pemulihan akhlak dahulu, saya pernah mengikuti kelas jahitan bersama seorang guru sukarela yang datang mengajar para pelatih di situ. Suatu hari ketika kelas sedang berlangsung, guru itu berkata,  "Menjahit ni seninya tinggi. Banyak kperkara yang dapat kita pelajari. Menjahit umpama kita menjalani sebuah kehidupan, ada waktu kita gembira menjahit, ada waktu kita stres. Sesekali kita tersilap jahit, walau sudah bertahun-tahun kita menjahit benda yang sama. Semua ini akan membentuk sebuah kesabaran. Jika kita tak sabar dan cepat putus asa, kita takkan mampu menjadi tukang jahit yang berjaya. Begitulah juga dengan kehidupan, adakalanya kita gagal sebelum berjaya, kita tertekan dengan segala kesusahan dan ujian dari Tuhan. Hakikatnya, kesabaran sahaja yang akan membantu kita mengatasi sesebuah ujian itu walau sesukar mana sekalipun. Sama jugalah dalam hal mendidik anak. Sesekali kita diuji dengan karenah anak." Saya terkedu dan masih terngiang-

Tutorial Menjahit Napkin Dewasa

Image
Salam Jumaat penuh barokah. Sudah tiga hari dua malam saya tidur lewat daripada biasa. Ada tempahan segera yang perlu disiapkan. 100 helai napkin untuk sebuah kedai katering berdekatan rumah saya sekarang. Untuk permulaan mereka mahu separuh sahaja dahulu dengan dua jenis warna napkin.  Saya mengambil peluang ini dengan menawarkan sulaman pada napkin tersebut. Sama ada sulaman logo atau sulaman nama kedai sahaja. Akhirnya mereka memilih nama kedai sahaja. Hari ini, saya sedikit lapang, di samping menyiapkan sulaman pada napkin saya mengisi blog saya. Hem... timbul idea ini. Tutorial membuat napkin. Sambil-sambil menyiapkan beberapa helai lagi, saya sajikan para pembaca dengan tutorial ringkas ini. Selamat mencuba.  Sediakan pola sepeti di atas. Boleh juga buat bentuk segiempat mengikut saiz dikehendaki. Untuk tempahan ini pelanggan mahukan saiz Panjang X Lebar = 16" X 16" inci.   Pada bucu potong sperti dalam gambar iaitu jarak 3inci dari hujung. Pelangan

Mesin Pemotong Kain Elektrik OCTA

Image
Sepi malam mula menyapa. Si Kecil kesayangan sudah dibuai mimpi. Itu pun kerana dipaksa tidur. Diiring tangis dan omelannya meminta coklat, dia tidur tanpa alas. Merajuk kerana mahu coklat tetapi saya tidak membenarkannya. Satu jam mendengar tangisannya barulah dia tidur dengan tenang. Sabarlah ya anak, esok jika panjang umur Mama berikan coklat tersebut. "Sudah malam, tidak elok makan coklat" , saya cuba memujuknya walaupun nampak tidak berkesan. Tenang melihat wajahnya sewaktu tidur. Selesai menanti dia benar-benar melelapkan mata, barulah saya bangkit semula menyambung kerja rutin. Malam ini hendak menyambung jahitan tudung sekolah berwarna hitam. Siang tadi Alhamdulillah, berjaya menyiapkan jahitan dan kemasan awningnya. Malam ini ingin mula menyambungkan ke badan tudung. Cabaran menyiapkan tudung ini ialah fabriknya yang berwarna hitam. Mesin saya tidak mempunyai lampu. Model lama. Terkebil-kebil mata saya cuba mengamati setiap mata jahitan ke atas

Kisah 50 Helai Tudung: Hanya Cerita Biasa Saja

Image
Bismillah...            Lama tak menyapa blog ini. Tugasan  yang ada masih banyak untuk disiapkan. Kelas blog memang mencabar untuk saya yang masih sangat baru untuk menjinakkan diri dalam dunia penulisan blog. Mujur saja saya ditakdirkan untuk belajar dengan seorang guru yang baik dan sabar. Seandainya saya yang menjadi guru penulisan blog dan punyai murid seperti saya ini, pasti ramai yang sudah kena cubit. Hehe...           Untuk entri kali ini, saya ingin bekongsi cerita kehidupan saya yang biasa-biasa saja. Tidak ada yang terlalu menarik. Namun, saya yakin dan percaya, sesuatu yang biasa-biasa itu andai saja ia baik dan bermanfaat ia pasti membawa kesan yang luar biasa.          Dua hari lepas saya berjaya menyiapkan 50 helai tudung sekolah untuk pelajar prasekolah. Saya menggunakan fabrik jersy micro fiber. Mungkin bagi yang sudah lama dalam bidang jahitan, jumlah itu tidaklah banyak dan masih biasa-biasa sahaja. Namun, untuk saya yang masih setahun jagung dalam bid

PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA

Image
Hari Jumaat penghulu segala hari.  Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2014 ini, saya bersama ahli kumpulan Seharum Melur Ent. telah mengadakan promosi istimewa. Jualan Tudung Mesir petak halus diberi diskaun terbaik. Berikut maklumat yang berkaitan : PROMOSI Sempena Hari Malaysia. Tudung Mesir warna polos. Kain sahaja : Rm26.00 KINI RM 25 sahaja. Tudung segiempat dengan jahit tepi halus (bidang 60,55,50) : Rm28.00 KINI RM27.00 sahaja Tudung labuh dengan jahit tepi halus dan jahit tengah(bulat@bujur) : RM30 KINI RM29.00 SAHAJA. Kos pos : 1-3 helai Rm6 sem/ rm10 Ss ISTIMEWA !!! #Pembelian 4 helai PERCUMA poslaju.# Terma dan Syarat : 1. Proceed selepas bayar. 2. Penghantaran menggunakan pos sahaja. 3. Promosi ini sah sehingga 13 September 2014 SAHAJA. Pm atau whatsapp saya di 0194001674 .

Telekung Lavenda Buat Si Manja

Image
Material fabrik telekung ialah TC (tetron cotton) Material fabrik beg ialah heavy cotton. Harga telekung dan beg adalah mengikut saiz. Sebarang tempahan boleh hubungi kami di talian 019-4001674 (SMS atau Whatsapp)  atau  hantar mesej ke Facebook Seharum Melur Enterprise  atau e-mel ke arnisasoga@gmail.com atau terus isikan borang tempahan dalam blog ini di ruangan BORANG TEMPAHAN

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada

Image
Bismillah... Apa khabar semua? Semoga dalam lindungan Allah hendaknya. Hari ini mesti ramai yang sedang berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Mungkin juga ada yang sibuk menghadiri jemputan kenduri, membawa anak-anak bersiar-siar atau memilih duduk saja di rumah. Jika tidak tahu hendak buat apa hari ini, mungkin anda boleh mencuba tutorial membuat jubah menyusu berlapik dada ini. Hendak cuba pada jubah lama pun boleh, tetapi kena pastikan reka bentuk adalah seperti dalam gambar iaitu berbutang di depan atau berzip. Penting juga menggunakan lapik dada untuk baju begini. Hal ini bagi mengelakkan aurat terbuka tanpa kita sedar atau dengn kata lain taklah nampak seksi ketika menyusukan anak walaupun di dalam rumah apalagi sewaktu di khalayak ramai.  Ada pula situasi ibu yang kadangkala terlupa menutup zip atau butang selepas menyusukan anak. Bahaya tu.  Hehe… Cara ini mudah sahaja. Sekali lagi saya sertakan tutorial tanpa suara ini. Selamat mencuba!

Mengajar Anak Tidur di Bilik Sendiri: Cadar Pertama Buat Syuhada'

Image
M endidik anak memang memerlukan kesabaran. Asas Islami dalam kehidupan mesti kita pelajari dan amalkan. Apatah lagi ketika anak sudah mula membesar dan mula memahami perkara abstrak dalam aktiviti sehariannya.  'Awwaluddin Ma'rifatullah' Awal agama mengenal Allah. Satu hari, ketika saya sedang mengemas bilik jahitan saya, anak saya Syuhada' yang berusia tiga tahun 7 bulan datang menyapa saya.  "Mama, kenapa Mama salam dan peluk abah. Mama kan girl, abah kan boy. Girl dengan boy mana boleh pegang-pegang, joget-joget, peluk-peluk. ", dia berbicara penuh semangat hingga butir katanya seperti orang dewasa. Saya terkejut. Dalam hati rupanya anak saya ini membuat pemerhatian dan mula membanding dengan nasihat yang pernah saya berikan kepadanya.  "Kat mana Syuhada' tengok Mama peluk abah? " "Kan pagi tadi Mama salam abah dan peluk abah, masa abah nak pergi kerja tu." , dia terus memberi penjelasan. Kepala saya suda

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat wal'afiat belaka, insya'Allah.  Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan cara membuat setting  jahit tepi halus gedik menggunakan mesin jahit tepi mudah alih Brother 3034D. Insya'Allah saya akan berikan tutorialnya menggunakan gambar tanpa suara berikut. Semoga mudah difahami.  Akhir sekali saya ingatkan, jangan lupa cabut tapak jahit halus biasa. Kalau tak cabut, jahitan tetap akan besar walaupun setting yang lain sudah betul. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Panggang Habbatus Sauda'

Image
Bismillah Assalamualaikum. Hari ini nak masak apa? Jikalau tiada idea, mungkin boleh mencuba resepi saya ini. Ayam panggang dengan rempah habbatus sauda'. Resepi ini telah saya olah daripada resepi ayam panggang ala Kenny Roagers. Hehe...Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Cukup mudah. Bahan-bahan : 1. Setengah ekor ayam dibersihkan (tak perlu potong kecil). (Saya suka lumur dengan tepung dan kemudian basuh bagi memudahkan lendir dan hanyir ayam hilang.)ih 2. Dua biji bawang besar. 3. 3 ulas bawang putih. 4. 3cm halia 5. Tiga sudu besar sos lada hitam 6. Lada hitam biji (ditumbuk kasar) 7. Dua cubit biji habbatus suda' 8. Halba campur 8. Garam secukup rasa 9. Gula pasir dua sudu besar 10. Dua sudu besar madu 11. Dua sudu besar mentega@marjerin Cara menyediakan : Ayam yang sudah dibersihkan diperap dengan bahan-bahan berikut : Bawang besar, bawang putih,dan halia yang sudah dikisar. Bahan-bahan rempah, gula, garam, madu,