Posts

Showing posts from 2019

Mak Cik Sya yang Menginspirasikan

Kemarin, saya bersama anak-anak singgah solat Zohor di sebuah masjid. Rancangan hendak ke Jabatan Haiwan membawa si Ben yang sakit. Saat kami sedang bersiap untuk berwudhu', saya terserempak cleaner masjid, yang mesra dengan panggilan Mak Cik Sya. Mak Cik Sya sangat penyayang dengan kucing. Hampir setiap kali kami bertemu di masjid, perkara utama yang akan dibualkan beliau adalah berkenaan kucing, terutamanya kucing-kucing di masjid itu. Setiap hari Mak Cik Sya akan membawa makanan dari rumahnya untuk diberi kepada kucing-kucing di masjid tersebut. Bukan setakat beri makanan, segala najis kucing  dan tempat tidur kucing-kucing di situ pun Mak Cik Sya uruskan. Sewaktu hendak berlalu ke ruang solat, sempat Mak Cik Sya bertanya, " Anak mau balik sudah lepas solat?" "Lepas ni ke Klinik Jabatan Haiwan dulu Mak Cik. Bawa kucing saya, cirit birit teruk sudah. Di situ murah juga kosnya." Jawab saya pantas. "Oh, bolehkah bawa sekali Si Putih? Sama juga saki

Tentang Sepi

Sepi ... Adakala menenangkan Sesekali sepi itu menakutkan Seringkali sepi dirasakan sedih Walhal sepi medan mengumpul kekuatan Untuk sebuah perjuangan  Sepi bukan bermakna kalah Diam tidak bererti lelah Sesungguhnya sepi, menggamit saat muhasabah Agar diri, dan jiwa terus melihat hikmah  Saat bibirmu diam dari berbalas kata, Itu tanda ketenangan ada dalam jiwa Sepi dan diam  Biar hati terus merenung diri  Andai khilaf mohon keampunan Andai benar pintalah pedoman Kerana kita bukan sesiapa tanpa-Nya Sepi, kala sepertiga malam Doamu dalam diam  Rintihanmu penuh keikhlasan Allah pasti mendengarnya Sepi itu indah  Diam itu anugerah. Nukilan, Mama Nisa'  12 Ogos 2019

Masa Yang Mengubah Rasa

Image
(Meraikan diri yang sedang menginjak lantai ke-5 tahun sebagai ibu tunggal:)) Kutiplah hikmah dalam setiap ujian Kerana ujianlah kita kuat dan matang Bismillahi wal hamdulillah Lamanya tak menyapa blog saya ni. Hehe... penuh sawang nampaknya. Entah semangat apa yang datang hari ini, dikuatkan jiwa untuk buka semula blog yang telah saya tinggalkan hampir 5 tahun yang lalu. Eh, 5 tahun? Masya Allah lamanya ! Tanpa sedar, masa berlalu sangat cepat. Tanpa sedar juga, rupanya saya sudah menginjak ke lantai 5 tahun kehidupan sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah , segalanya atas kehendak-Mu jua Ya Allah. Mujurlah masih diingat lagi kata kunci blog ini. Maka, dengan jayanya saya buka. Tiba-tiba perasaan ingin menulis dan mengisi semula ruangan di sini datang membuak-buak. Setelah sekian lamanya semangat menulis saya pergi. Ya Allah, izinkanlah hamba-Mu ini bangkit semula untuk mencatat dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Mudah-mudahan akan menjadi asbab unt