Posts

Showing posts with the label Telekung Kanak-kanak

Telekung Lavenda Buat Si Manja

Image
Material fabrik telekung ialah TC (tetron cotton) Material fabrik beg ialah heavy cotton. Harga telekung dan beg adalah mengikut saiz. Sebarang tempahan boleh hubungi kami di talian 019-4001674 (SMS atau Whatsapp)  atau  hantar mesej ke Facebook Seharum Melur Enterprise  atau e-mel ke arnisasoga@gmail.com atau terus isikan borang tempahan dalam blog ini di ruangan BORANG TEMPAHAN

Telekung untuk Syuhada'

Image
Tahun ini masuk tahun ke-4 berpuasa dengan adanya si kecil Syuhada'.  Tahun ini agak mencabar apabila dia sudah mula bersekolah dan bergaul dalam lingkungan rakan sebayanya. Sambutan bulan Ramadhan diwar-warkan di segenap pelusuk media hingga semua orang maklum termasuklah si kecil ini. Penuh semangat dia ingin berpuasa atau sebutan lidahnya 'berKuasa'. Kuasa=puasa. Hehe.. Pemintaan beliau untuk menyambut Ramadhan ada dua. Pertama telekung Dora. Kedua, baju jubah Frozen. Katanya nak pakai ke masjid solat tarawikh. Hehe. Untuk tak menghampakan impiannya, saya jahitkanlah dia telekung segera menggubakan kain bermotif Dora dan kawan-kawannya.   Fabrik bermotif Dora ini saya beli sewaktu balik ke kampung saya, Tawau. Di Kuala Lumpur saya pernah mencarinya tetapi hampa. Bagi mengurangkan corak warna- warni ini saya gabungkan kain kosong di bahagian atas badan telekung. Saiz saya gunakan ialah saiz S. Rekabentuk pula saya pilih Lavenda design by Seharum Melur. ...

Telekung Kanak-kanak Ceria

Image
Bismillah. Assalamualaikum para pembaca budiman. Kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi produk saya iaitu Telekung Kanak-kanak Ceria (TKC) Telekung ini menggunakan getah di bahagian lapik dahi. Tujuan menggunakan getah adalah bagi menyelesaikan masalah sempit atau longgar juga membantu anak-anak rasa selesa walaupun dalam keadaan aktif. Tali pengikat juga menggunakan tali bersaiz 1/4 inci. Mudah dipakai. Telekung ini terdapat dalam dua jenis kain iaitu Tetron cotton (TC) dan jersi. Panduan saiz dan ukuran telekung mengikut umur SAIZ SAIZ MUKA (Darab 2) UMUR UKURAN LABUH DEPAN UKURAN LABUH BELAKANG LABUH KAIN SS 10 “ 2-3 25 27 28 S 10.5 4-5 28 30 34 M 11 6-7 31 33 38 L 11.5 8-10 36 37 43 XL 12 11-12 40 42 50   Telekung Kanak-kanak Ceria dari...

Telekung Kanak-kanak Manja

Image
Bismillah... Assalamualaikum.  Semoga sihat dan ceria hendaknya. Untuk produk kali ini, saya ingin memperkenalkan Telekung Kanak-kanak Manja.    Model comel mencuba. Beliau sedang tidur nyenyak saya kejutkan. Hihi.. Telekung ini merupakan tempahan daripada seorang ibu yang bakal berangkat ke Mesir. Dua minggu sebelum bertolak beliau membuat tempahan ini untuk dihadiahkan kepada puterinya di sana nanti. Telekung ini bersaiz S, sesuai dengan anak beliau berumur 2 tahun. Ukuran labuh depan 28 inci, manakala belakang 20 inci.  Bahagian lapik dahi saya gunakan piping untuk mengemaskannya. Renda berwarna merah jambu lembut saya susun dua baris kerana renda ini kecil iaitu 1 inci lebar sahaja. Saya menggunakan kain polycotton Euro yang tebal tetapi lembut dan halus. Sangat mudah diseterika. Untuk pengikat kepala, saya gunakan getah berukuran 1/4 inci lebar. Getah elastik ini sangat lembut dan tidak sakit bila terkena di telinga. Baiklah....