Posts

Showing posts from August, 2014

Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.

Image
Buku ini mengingatkan saya tentang cita-cita selepas PMR dahulu. Saya berangan untuk masuk ke sekolah vokasional. Belajar dalam aliran kemahiran. Namun,  Allah takdirkan saya masuk ke kelas sains. Kini setelah 16 tahun berlalu, saya bertemu semula buku ini walaupun saya bukan lagi budak sekolah. Saya kini menjadi seorang tukang jahit. Yes, I'm a tailor. Sering terjadi sesuatu yang kita doakan dalam hati walau hanya dalam hati, Allah mendengarnya. Tidak tertunai hari ini, bukan bermakna Dia tidak menunaikan doamu tetapi Dia melambatkan seketika. Hanyasanya kerana hanya Dia lebih mengetahui saat dan waktu yang paling tepat untuk memenuhi keperluan seseorang hamba-Nya. Allah Maha Bijaksana dan tak pernah menzalimi setiap ciptaan-Nya. Kita sahaja yang harus memilih jalan kebaikan atau keburukan. Yakinlah bahawa doa kita didengari Allah. Allah kata, "Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan." Selamat hari kemerdekaan ke-57 tahun. Doa saya pagi ini, semoga umat Isla

Tutorial : Instant Shawl Labuh

Image
Bismillah Assalamualaikum. Apa khabar? Saya sentiasa mendoakan agar para pembaca di luar sana sentiasa dalam kebaikan dan senantiasa istiqomah dengan kebaikan yang dilakukan. Ehem..lama benar saya tak mengisi ruangan blog seciput saya ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan.  Baiklah, untuk ruangan kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang tempahan instant shawl daripada sahabat saya. Beliau kini sedang menuntut di Universiti Az-Zagazig dalam bidang perubatan. Sewaktu beliau menyampaikan hajatnya itu, saya rasa ragu-ragu juga. Maklumlah, saya belum pernah ada pengalaman menjahit tudung-tudung versatile untuk orang lain. Selama ini saya Cuma tahu menjahit tudung labuh untuk saya pakai dan untuk anak dara saya sahaja. Namun, kata orang tua-tua, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Betul tak? Maka bermulalah edisi bingung dalam kepala. Puas saya membelek dan merenung gambar rekabentuk instant shawl yang dikirim sahabat saya itu. Akhirnya saya membuat k