Posts

Showing posts with the label Kongsi Resepi

Resepi Ayam Panggang Habbatus Sauda'

Image
Bismillah Assalamualaikum. Hari ini nak masak apa? Jikalau tiada idea, mungkin boleh mencuba resepi saya ini. Ayam panggang dengan rempah habbatus sauda'. Resepi ini telah saya olah daripada resepi ayam panggang ala Kenny Roagers. Hehe...Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Cukup mudah. Bahan-bahan : 1. Setengah ekor ayam dibersihkan (tak perlu potong kecil). (Saya suka lumur dengan tepung dan kemudian basuh bagi memudahkan lendir dan hanyir ayam hilang.)ih 2. Dua biji bawang besar. 3. 3 ulas bawang putih. 4. 3cm halia 5. Tiga sudu besar sos lada hitam 6. Lada hitam biji (ditumbuk kasar) 7. Dua cubit biji habbatus suda' 8. Halba campur 8. Garam secukup rasa 9. Gula pasir dua sudu besar 10. Dua sudu besar madu 11. Dua sudu besar mentega@marjerin Cara menyediakan : Ayam yang sudah dibersihkan diperap dengan bahan-bahan berikut : Bawang besar, bawang putih,dan halia yang sudah dikisar. Bahan-bahan rempah, gula, garam, madu, ...

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa':)

Image
Bismillah... Assalamualaikum.  Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi turun temurun keluarga saya. Hehe... sudi-sudilah ya. Nama resepi ini ialah Bergedil Jagung Kak Nisa':) Bahan-bahan : 3 biji jagung manis (ambil isi sahaja) 1 biji telur ayam 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Halia 1-2cm Lada putih/hitam Daun sup Tepung gandum sedikit Garam Gula Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara menyediakan : Jagung yang telah dibasuh bersih diambil isi. Kemudian tumbuk kasar jagung tersbut untuk mengeluarkan jusnya tetapi jangan dibuang. Tujuannya bagi mengelakkan ia meletup-letup ketika digoreng Ketepikan jagung yang telah ditumbuk tadi. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih/hitam tadi dibersihkan kemudian tumbuk sekali semua hingga lumat. Setelah itu, campurkan semua bahan tersebut ke dalam jagung tadi. Gaulkan. Masukkan pula sedikit tepung gandum kira-kira 4 sudu makan penuh. Masukkan pula hirisan d...