Posts

Showing posts with the label Catatan Harian

Projek Telekung Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

Image
Seminggu yang penuh cabaran. Terkeja-kejar memenuhi permintaan pelanggan. Tudung sekolah, telekung kanak-kanak, dan album pouch. Paling mencabar ialah menyiapkan tempahan telekung untuk projek beli dan wakaf untuk mangsa banjir dan surau serta masjid di Pantai Timur ketika ini. Projek ini pada asalnya bermula apabila saya menjahit beberapa pasang untuk dihantar sebagai sumbangan individu saya. Saya tidak banyak wang untuk disedekahkan. Namun, setiap kali melihat gambar-gambar mangsa banjir, runtun jiwa saya. Lalu saya terfikir untuk menambah lagi pemberian berdasarkan kain-kain telekung yang belum berjahit masih ada dalam simpanan saya. Ketika rakan saya yang mengutip sumbangan datang ke rumah untuk mengambil telekung-telekung tersebut, dia mencadangkan supaya saya sediakan harga untuk pakej beli dan wakaf. Saya tidak setuju kerana pada anggapan saya biarlah saya sedekah saja cukuplah. Esoknya saya tambah lagi beberapa pasang. Seharian menyiapkannya. Jam 4.30pagi. Sebelum saya me...

Tutorial Menjahit Napkin Dewasa

Image
Salam Jumaat penuh barokah. Sudah tiga hari dua malam saya tidur lewat daripada biasa. Ada tempahan segera yang perlu disiapkan. 100 helai napkin untuk sebuah kedai katering berdekatan rumah saya sekarang. Untuk permulaan mereka mahu separuh sahaja dahulu dengan dua jenis warna napkin.  Saya mengambil peluang ini dengan menawarkan sulaman pada napkin tersebut. Sama ada sulaman logo atau sulaman nama kedai sahaja. Akhirnya mereka memilih nama kedai sahaja. Hari ini, saya sedikit lapang, di samping menyiapkan sulaman pada napkin saya mengisi blog saya. Hem... timbul idea ini. Tutorial membuat napkin. Sambil-sambil menyiapkan beberapa helai lagi, saya sajikan para pembaca dengan tutorial ringkas ini. Selamat mencuba.  Sediakan pola sepeti di atas. Boleh juga buat bentuk segiempat mengikut saiz dikehendaki. Untuk tempahan ini pelanggan mahukan saiz Panjang X Lebar = 16" X 16" inci.   Pada bucu potong sperti dalam gambar iaitu jarak 3inci dari hujung....

Tempahan Tudung Mesir Petak Halus: Cantik Selesa, Aurat Terjaga

Image
Malam ini saya tidur lewat sedikit. Usai mendodoi anakanda tercinta lebih kurang sejam lebih, saya menyambung tugasan mengemas dan menggosok pakaian kerja suami. Perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur siang tadi terasa meletihkan. Ditambah dengan irama senggugut yang sedikit menyiksakan. Selesai mengemas pakaian, saya menyambung jahitan tudung untuk pelanggan yang telah membuat pembayaran minggu lepas.  Alhamdulillah siap juga akhirnya. Insya'allah esok pagi semuanya akan diposkan. Ops, sewaktu membungkus tudung-tudung tersebut, plastik prabayar pula tak cukup. Mujurlah ada plastik display. Letak kertas alamat siap sedia. Esok di pejabat pos akan diselesaikan pembungkusan. Rutin malamku. Sedia untuk dipos esok. Alhamdulillah nampaknya permintaan terhadap tudung Mesir petak halus kini semakin meningkat. Saya tidak menyangka setiap hari ada saja yang bertanya dan membuat tempahan. Pembelian ada yang sekali 8 helai. Mungkin kerana fabrik ini...

Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.

Image
Buku ini mengingatkan saya tentang cita-cita selepas PMR dahulu. Saya berangan untuk masuk ke sekolah vokasional. Belajar dalam aliran kemahiran. Namun,  Allah takdirkan saya masuk ke kelas sains. Kini setelah 16 tahun berlalu, saya bertemu semula buku ini walaupun saya bukan lagi budak sekolah. Saya kini menjadi seorang tukang jahit. Yes, I'm a tailor. Sering terjadi sesuatu yang kita doakan dalam hati walau hanya dalam hati, Allah mendengarnya. Tidak tertunai hari ini, bukan bermakna Dia tidak menunaikan doamu tetapi Dia melambatkan seketika. Hanyasanya kerana hanya Dia lebih mengetahui saat dan waktu yang paling tepat untuk memenuhi keperluan seseorang hamba-Nya. Allah Maha Bijaksana dan tak pernah menzalimi setiap ciptaan-Nya. Kita sahaja yang harus memilih jalan kebaikan atau keburukan. Yakinlah bahawa doa kita didengari Allah. Allah kata, "Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan." Selamat hari kemerdekaan ke-57 tahun. Doa saya pagi ini, semoga umat Isla...

Telekung untuk Syuhada'

Image
Tahun ini masuk tahun ke-4 berpuasa dengan adanya si kecil Syuhada'.  Tahun ini agak mencabar apabila dia sudah mula bersekolah dan bergaul dalam lingkungan rakan sebayanya. Sambutan bulan Ramadhan diwar-warkan di segenap pelusuk media hingga semua orang maklum termasuklah si kecil ini. Penuh semangat dia ingin berpuasa atau sebutan lidahnya 'berKuasa'. Kuasa=puasa. Hehe.. Pemintaan beliau untuk menyambut Ramadhan ada dua. Pertama telekung Dora. Kedua, baju jubah Frozen. Katanya nak pakai ke masjid solat tarawikh. Hehe. Untuk tak menghampakan impiannya, saya jahitkanlah dia telekung segera menggubakan kain bermotif Dora dan kawan-kawannya.   Fabrik bermotif Dora ini saya beli sewaktu balik ke kampung saya, Tawau. Di Kuala Lumpur saya pernah mencarinya tetapi hampa. Bagi mengurangkan corak warna- warni ini saya gabungkan kain kosong di bahagian atas badan telekung. Saiz saya gunakan ialah saiz S. Rekabentuk pula saya pilih Lavenda design by Seharum Melur. ...