Thursday, 11 September 2014

PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA

Hari Jumaat penghulu segala hari. 








Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2014 ini, saya bersama ahli kumpulan Seharum Melur Ent. telah mengadakan promosi istimewa. Jualan Tudung Mesir petak halus diberi diskaun terbaik. Berikut maklumat yang berkaitan :

PROMOSI Sempena Hari Malaysia.
Tudung Mesir warna polos.

Kain sahaja : Rm26.00 KINI RM 25 sahaja.

Tudung segiempat dengan jahit tepi halus (bidang 60,55,50) : Rm28.00 KINI RM27.00 sahaja

Tudung labuh dengan jahit tepi halus dan jahit tengah(bulat@bujur) : RM30 KINI RM29.00 SAHAJA.
Kos pos :
1-3 helai Rm6 sem/ rm10 Ss

ISTIMEWA !!!

#Pembelian 4 helai PERCUMA poslaju.#

Terma dan Syarat :
1. Proceed selepas bayar.
2. Penghantaran menggunakan pos sahaja.
3. Promosi ini sah sehingga 13 September 2014 SAHAJA.

Pm atau whatsapp saya di 0194001674
.



Sunday, 7 September 2014

Telekung Lavenda Buat Si Manja










Material fabrik telekung ialah TC (tetron cotton)
Material fabrik beg ialah heavy cotton.
Harga telekung dan beg adalah mengikut saiz.
Sebarang tempahan boleh hubungi kami di talian 019-4001674 (SMS atau Whatsapp)
 atau 
hantar mesej ke Facebook Seharum Melur Enterprise 
atau
e-mel ke arnisasoga@gmail.com
atau terus isikan borang tempahan dalam blog ini di ruangan BORANG TEMPAHAN



Saturday, 6 September 2014

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada

Bismillah...

Apa khabar semua? Semoga dalam lindungan Allah hendaknya. Hari ini mesti ramai yang sedang berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Mungkin juga ada yang sibuk menghadiri jemputan kenduri, membawa anak-anak bersiar-siar atau memilih duduk saja di rumah.

Jika tidak tahu hendak buat apa hari ini, mungkin anda boleh mencuba tutorial membuat jubah menyusu berlapik dada ini. Hendak cuba pada jubah lama pun boleh, tetapi kena pastikan reka bentuk adalah seperti dalam gambar iaitu berbutang di depan atau berzip. Penting juga menggunakan lapik dada untuk baju begini. Hal ini bagi mengelakkan aurat terbuka tanpa kita sedar atau dengn kata lain taklah nampak seksi ketika menyusukan anak walaupun di dalam rumah apalagi sewaktu di khalayak ramai.  Ada pula situasi ibu yang kadangkala terlupa menutup zip atau butang selepas menyusukan anak. Bahaya tu. 
Hehe…


Cara ini mudah sahaja. Sekali lagi saya sertakan tutorial tanpa suara ini. Selamat mencuba!


Thursday, 4 September 2014

Mengajar Anak Tidur di Bilik Sendiri: Cadar Pertama Buat Syuhada'



Mendidik anak memang memerlukan kesabaran. Asas Islami dalam kehidupan mesti kita pelajari dan amalkan. Apatah lagi ketika anak sudah mula membesar dan mula memahami perkara abstrak dalam aktiviti sehariannya. 

'Awwaluddin Ma'rifatullah'
Awal agama mengenal Allah.

Satu hari, ketika saya sedang mengemas bilik jahitan saya, anak saya Syuhada' yang berusia tiga tahun 7 bulan datang menyapa saya. 

"Mama, kenapa Mama salam dan peluk abah. Mama kan girl, abah kan boy. Girl dengan boy mana boleh pegang-pegang, joget-joget, peluk-peluk.", dia berbicara penuh semangat hingga butir katanya seperti orang dewasa. Saya terkejut. Dalam hati rupanya anak saya ini membuat pemerhatian dan mula membanding dengan nasihat yang pernah saya berikan kepadanya. 

"Kat mana Syuhada' tengok Mama peluk abah?"
"Kan pagi tadi Mama salam abah dan peluk abah, masa abah nak pergi kerja tu.", dia terus memberi penjelasan. Kepala saya sudah ligat berfikir, jawapan yang perlu saya berikan kepadanya supaya dia faham.

"Oh, memanglah kalau boy dan girl tak boleh pegang-pegang, peluk-peluk. Tapi kalau suami isteri boleh. Mama kan isteri abah. Abah pula suami Mama.

"Iye ke? Tapi Syuhada' takda suami pun," dan dia berlalu pergi, menyambung permainannya. Saya tak pasti apakah dia faham. Nampak gayanya seperti tidak faham. Hehe...

Sebenarnya, saya selalu mengingatkan dia,
"Boy dan girl kena jaga pergaulan. Tak boleh peluk-peluk, pegang-pegang. Tu kan tak elok."

Semua ini bermula sewaktu guru sekolahnya pernah memberitahu saya dia suka bermain dan  bergaul dengan rakan kelas berjantina lelaki sahaja. Cara dia bermain adakalanya sedikit kasar seperti budak lelaki. Saya pernah bertanya dia dan dia memberikan alasan, 

"Mama, kawan girl suka nangis. Syuhada suka kawan boy sebab boy baik. Boleh main dan makan sama-sama."

Saya menyambung kerja mengemas bilik jahitan dengan fikiran melayang-layang. 
"Anakku sudah besar rupanya. Semakin banyak persoalannya yang memerlukan jawapan yang jelas yang mudah dia faham."

Sewaktu suami saya pulang ke rumah, saya menceritakan kejadian siang tadi kepadanya. Sambil tersenyum dia menjawab,

"Dia dah besar. Kita kena mula pisahkan tempat tidurnya dengan kita. Kena setting bilik dia sendiri."

Wah, suatu tugas baru yang besar bagi ibu yang tidak punya pengalaman seperti saya. Menidurkan dia saja memerlukan masa sejam dua untuk dia mengulit di tepi saya sebelum matanya benar-benar tertutup. Sejak lahir, Syuhada' tidak pernah saya tinggalkan bermalam. Sememangnya sewaktu hendak tidur dia mesti mahu saya tidurkan. Anak ibulah katakan. Hehe...

Alhamdulillah, dua bulan latihan untuk dia biasakan diri tidur sendiri sudah mula menampakkan hasil. Sewaktu dia ingin tidur di bilik kami, saya akan bawa dia ke biliknya. Adakalanya, sewaktu tidur dia di biliknya, tengah malam dia akan bangun dan bila saya sedar waktu Subuh dia sudah ada di sebelah saya. Pernah suatu hari juga saya lihat dia tidur di lantai tepi katil saya. Sungguh lucu dan kasihan juga. Saya sendiri juga seperti terasa kekurangan apabila tidur malam tanpa dia. Hehe...Apakandaya, tarbiyyah untuk anak mesti bermula dari kecil bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Untuk kali pertamanya juga saya menyiapkan cadar untuk anakanda saya. Alhamdulillah.Cadar daripada kain cotton berkualiti yang sangat selesa. 
Namun, sayang tak cukup untuk buat ropol tepi. Hanya ini sahaja yang dapat dibuat.








Wednesday, 3 September 2014

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat wal'afiat belaka, insya'Allah. 

Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan cara membuat setting jahit tepi halus gedik menggunakan mesin jahit tepi mudah alih Brother 3034D. Insya'Allah saya akan berikan tutorialnya menggunakan gambar tanpa suara berikut. Semoga mudah difahami. 








Akhir sekali saya ingatkan, jangan lupa cabut tapak jahit halus biasa. Kalau tak cabut, jahitan tetap akan besar walaupun setting yang lain sudah betul. Selamat mencuba!

Tuesday, 2 September 2014

Resepi Ayam Panggang Habbatus Sauda'

Bismillah

Assalamualaikum. Hari ini nak masak apa? Jikalau tiada idea, mungkin boleh mencuba resepi saya ini. Ayam panggang dengan rempah habbatus sauda'. Resepi ini telah saya olah daripada resepi ayam panggang ala Kenny Roagers. Hehe...Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Cukup mudah.




Bahan-bahan :

1. Setengah ekor ayam dibersihkan (tak perlu potong kecil).
(Saya suka lumur dengan tepung dan kemudian basuh bagi memudahkan lendir dan hanyir ayam hilang.)ih
2. Dua biji bawang besar.
3. 3 ulas bawang putih.
4. 3cm halia
5. Tiga sudu besar sos lada hitam
6. Lada hitam biji (ditumbuk kasar)
7. Dua cubit biji habbatus suda'
8. Halba campur
8. Garam secukup rasa
9. Gula pasir dua sudu besar
10. Dua sudu besar madu
11. Dua sudu besar mentega@marjerin

Cara menyediakan :
Ayam yang sudah dibersihkan diperap dengan bahan-bahan berikut :
Bawang besar, bawang putih,dan halia yang sudah dikisar.
Bahan-bahan rempah, gula, garam, madu, serbuk perasa ayam (jenama apa-apa sahaja).
Seteleh dilumur, galu dengan mentega.
Perap selama 1 hingga 2 jam.

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Masukkan ayam yang telah diperap selama 40 hingga 50 minit.

Pada 20 atau 30 minit pertama, keluarkan ayam dan sapukan bahan-bahan perapan yang baki tadi.
Kemudian masukkan semula ke dalam oven. Tujuan langkah ini bagi memastikan ayam tidak kering.

Setelah masak, boleh hidang dengan sos lada hitam atau makan begitu sahaja bersama nasi putih dan jus oren. Selamat mencuba!

Monday, 1 September 2014

Tempahan Tudung Mesir Petak Halus: Cantik Selesa, Aurat Terjaga

Malam ini saya tidur lewat sedikit. Usai mendodoi anakanda tercinta lebih kurang sejam lebih, saya menyambung tugasan mengemas dan menggosok pakaian kerja suami. Perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur siang tadi terasa meletihkan. Ditambah dengan irama senggugut yang sedikit menyiksakan.


Selesai mengemas pakaian, saya menyambung jahitan tudung untuk pelanggan yang telah membuat pembayaran minggu lepas. 
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Insya'allah esok pagi semuanya akan diposkan.


Ops, sewaktu membungkus tudung-tudung tersebut, plastik prabayar pula tak cukup. Mujurlah ada plastik display. Letak kertas alamat siap sedia. Esok di pejabat pos akan diselesaikan pembungkusan.
Rutin malamku.

Sedia untuk dipos esok.


Alhamdulillah nampaknya permintaan terhadap tudung Mesir petak halus kini semakin meningkat. Saya tidak menyangka setiap hari ada saja yang bertanya dan membuat tempahan. Pembelian ada yang sekali 8 helai. Mungkin kerana fabrik ini selesa, sejuk dipakai bahkan motifnya yang berpetak halus begitu diminati. Saya sendiri sangat sukakan fabrik ini dibuat tudung. Kebanyakan pelanggan lebih suka jika fabrik ini dijadikan tudung bawal atau tudung segiempat sama ada bidang 60 atau 58 atau 55 atau bagi yang bertubuh kecil memilih bidang 50.
Ada juga yang lebih suka jika dijadikan tudung labuh ustazah yang dijahit tengah dan tepi halus. Mudah dipakai. Walau apa pun rekaan yang dipilih, asalkan masih menepati syariat Islam iaitu menutup aurat.
Beginilah tudung Mesir bidang 60 digayakan. Comelkan? Abaikan latar belakang yang bersepah tu ya.

Emm...rasanya cukup setakat ini saja dahulu catatan malam ini. Semoga bermanfaat buat semua. Jika anda berminat untuk membuat tempahan tudung Mesir petak halus ini bolehlah menghubungi saya di talian 0194001674 atau mesej ke face book saya Arnisa Soga. Belum cuba belum tau. ;)

Wassalam.