Bismillah... Assalamualaikum. Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi turun temurun keluarga saya. Hehe... sudi-sudilah ya. Nama resepi ini ialah Bergedil Jagung Kak Nisa':) Bahan-bahan : 3 biji jagung manis (ambil isi sahaja) 1 biji telur ayam 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Halia 1-2cm Lada putih/hitam Daun sup Tepung gandum sedikit Garam Gula Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara menyediakan : Jagung yang telah dibasuh bersih diambil isi. Kemudian tumbuk kasar jagung tersbut untuk mengeluarkan jusnya tetapi jangan dibuang. Tujuannya bagi mengelakkan ia meletup-letup ketika digoreng Ketepikan jagung yang telah ditumbuk tadi. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih/hitam tadi dibersihkan kemudian tumbuk sekali semua hingga lumat. Setelah itu, campurkan semua bahan tersebut ke dalam jagung tadi. Gaulkan. Masukkan pula sedikit tepung gandum kira-kira 4 sudu makan penuh. Masukkan pula hirisan d...
Bismillah Assalamualaikum. Apa khabar? Saya sentiasa mendoakan agar para pembaca di luar sana sentiasa dalam kebaikan dan senantiasa istiqomah dengan kebaikan yang dilakukan. Ehem..lama benar saya tak mengisi ruangan blog seciput saya ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan. Baiklah, untuk ruangan kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang tempahan instant shawl daripada sahabat saya. Beliau kini sedang menuntut di Universiti Az-Zagazig dalam bidang perubatan. Sewaktu beliau menyampaikan hajatnya itu, saya rasa ragu-ragu juga. Maklumlah, saya belum pernah ada pengalaman menjahit tudung-tudung versatile untuk orang lain. Selama ini saya Cuma tahu menjahit tudung labuh untuk saya pakai dan untuk anak dara saya sahaja. Namun, kata orang tua-tua, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Betul tak? Maka bermulalah edisi bingung dalam kepala. Puas saya membelek dan merenung gambar rekabentuk instant shawl yang dikirim sahabat saya itu. Akhirnya saya membu...
(Meraikan diri yang sedang menginjak lantai ke-5 tahun sebagai ibu tunggal:)) Kutiplah hikmah dalam setiap ujian Kerana ujianlah kita kuat dan matang Bismillahi wal hamdulillah Lamanya tak menyapa blog saya ni. Hehe... penuh sawang nampaknya. Entah semangat apa yang datang hari ini, dikuatkan jiwa untuk buka semula blog yang telah saya tinggalkan hampir 5 tahun yang lalu. Eh, 5 tahun? Masya Allah lamanya ! Tanpa sedar, masa berlalu sangat cepat. Tanpa sedar juga, rupanya saya sudah menginjak ke lantai 5 tahun kehidupan sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah , segalanya atas kehendak-Mu jua Ya Allah. Mujurlah masih diingat lagi kata kunci blog ini. Maka, dengan jayanya saya buka. Tiba-tiba perasaan ingin menulis dan mengisi semula ruangan di sini datang membuak-buak. Setelah sekian lamanya semangat menulis saya pergi. Ya Allah, izinkanlah hamba-Mu ini bangkit semula untuk mencatat dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Mudah-mudahan akan menjadi asbab unt...
Comments
Post a Comment