Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.




Buku ini mengingatkan saya tentang cita-cita selepas PMR dahulu. Saya berangan untuk masuk ke sekolah vokasional. Belajar dalam aliran kemahiran. Namun,  Allah takdirkan saya masuk ke kelas sains.

Kini setelah 16 tahun berlalu, saya bertemu semula buku ini walaupun saya bukan lagi budak sekolah. Saya kini menjadi seorang tukang jahit. Yes, I'm a tailor.

Sering terjadi sesuatu yang kita doakan dalam hati walau hanya dalam hati, Allah mendengarnya. Tidak tertunai hari ini, bukan bermakna Dia tidak menunaikan doamu tetapi Dia melambatkan seketika. Hanyasanya kerana hanya Dia lebih mengetahui saat dan waktu yang paling tepat untuk memenuhi keperluan seseorang hamba-Nya.
Allah Maha Bijaksana dan tak pernah menzalimi setiap ciptaan-Nya. Kita sahaja yang harus memilih jalan kebaikan atau keburukan. Yakinlah bahawa doa kita didengari Allah.

Allah kata,
"Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan."

Selamat hari kemerdekaan ke-57 tahun. Doa saya pagi ini, semoga umat Islam di tanah air tercinta ini kembali bersatu pada satu titik perpaduan berlandaskn Islam yang syumul.:)


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa':)

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D