(Meraikan diri yang sedang menginjak lantai ke-5 tahun sebagai ibu tunggal:)) Kutiplah hikmah dalam setiap ujian Kerana ujianlah kita kuat dan matang Bismillahi wal hamdulillah Lamanya tak menyapa blog saya ni. Hehe... penuh sawang nampaknya. Entah semangat apa yang datang hari ini, dikuatkan jiwa untuk buka semula blog yang telah saya tinggalkan hampir 5 tahun yang lalu. Eh, 5 tahun? Masya Allah lamanya ! Tanpa sedar, masa berlalu sangat cepat. Tanpa sedar juga, rupanya saya sudah menginjak ke lantai 5 tahun kehidupan sebagai ibu tunggal. Alhamdulillah , segalanya atas kehendak-Mu jua Ya Allah. Mujurlah masih diingat lagi kata kunci blog ini. Maka, dengan jayanya saya buka. Tiba-tiba perasaan ingin menulis dan mengisi semula ruangan di sini datang membuak-buak. Setelah sekian lamanya semangat menulis saya pergi. Ya Allah, izinkanlah hamba-Mu ini bangkit semula untuk mencatat dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Mudah-mudahan akan menjadi asbab unt...
Bismillah... Assalamualaikum. Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi turun temurun keluarga saya. Hehe... sudi-sudilah ya. Nama resepi ini ialah Bergedil Jagung Kak Nisa':) Bahan-bahan : 3 biji jagung manis (ambil isi sahaja) 1 biji telur ayam 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Halia 1-2cm Lada putih/hitam Daun sup Tepung gandum sedikit Garam Gula Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara menyediakan : Jagung yang telah dibasuh bersih diambil isi. Kemudian tumbuk kasar jagung tersbut untuk mengeluarkan jusnya tetapi jangan dibuang. Tujuannya bagi mengelakkan ia meletup-letup ketika digoreng Ketepikan jagung yang telah ditumbuk tadi. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih/hitam tadi dibersihkan kemudian tumbuk sekali semua hingga lumat. Setelah itu, campurkan semua bahan tersebut ke dalam jagung tadi. Gaulkan. Masukkan pula sedikit tepung gandum kira-kira 4 sudu makan penuh. Masukkan pula hirisan d...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat wal'afiat belaka, insya'Allah. Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan cara membuat setting jahit tepi halus gedik menggunakan mesin jahit tepi mudah alih Brother 3034D. Insya'Allah saya akan berikan tutorialnya menggunakan gambar tanpa suara berikut. Semoga mudah difahami. Akhir sekali saya ingatkan, jangan lupa cabut tapak jahit halus biasa. Kalau tak cabut, jahitan tetap akan besar walaupun setting yang lain sudah betul. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment