Posts

Projek Telekung Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

Image
Seminggu yang penuh cabaran. Terkeja-kejar memenuhi permintaan pelanggan. Tudung sekolah, telekung kanak-kanak, dan album pouch. Paling mencabar ialah menyiapkan tempahan telekung untuk projek beli dan wakaf untuk mangsa banjir dan surau serta masjid di Pantai Timur ketika ini. Projek ini pada asalnya bermula apabila saya menjahit beberapa pasang untuk dihantar sebagai sumbangan individu saya. Saya tidak banyak wang untuk disedekahkan. Namun, setiap kali melihat gambar-gambar mangsa banjir, runtun jiwa saya. Lalu saya terfikir untuk menambah lagi pemberian berdasarkan kain-kain telekung yang belum berjahit masih ada dalam simpanan saya. Ketika rakan saya yang mengutip sumbangan datang ke rumah untuk mengambil telekung-telekung tersebut, dia mencadangkan supaya saya sediakan harga untuk pakej beli dan wakaf. Saya tidak setuju kerana pada anggapan saya biarlah saya sedekah saja cukuplah. Esoknya saya tambah lagi beberapa pasang. Seharian menyiapkannya. Jam 4.30pagi. Sebelum saya me...

Tirai 2015: Semoga Duka Menyubur Iman

Image
Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya. 2015 muncul, membuka tirai baru. Seawal tahun ini, umum mengetahui dan merasai kepiluan yang bukan kepalang. 2014 yang ditutup dengan musibah banjir. Kerosakan dan kematian yang tidak pernah dijangka. Belum sempat menginjak lantai 2015, di hujung tahun malang 2014 itu dunia dikejutkan dengan petaka QZ8501 terhempas di lautan. Sekali lagi air mata mengiringi. Sungguh, musibah datang tanpa dijangka. Kehilangan, kesakitan adalah sebahagian daripada kehidupan. Hakikatnya, semua itu adalah ujian. Kesusahan, kesedihan, perpisahan, kehilangan, bahkan kesenangan dan kemewahan juga merupakan ujian. Hidup ini sesungguhnya adalah sebuah ujian. Setiap jiwa yang dihidupkan di dunia ini tidak telepas daripada ujian. Untuk apa? Bagi ALLAH Tuhan Yang Maha Berkuasa, sebuah ujian adalah bagi melihat siapakah antara hamba-hamba-Nya yang paling mencintai-Nya. Untuk seorang hamba, sepatutnya setiap ujian adalah tingkat pertambahan iman. Sejauh mana ki...

Rona Kehidupan Bagai Sebuah Jahitan

Image
Sewaktu saya bertugas di pusat pemulihan akhlak dahulu, saya pernah mengikuti kelas jahitan bersama seorang guru sukarela yang datang mengajar para pelatih di situ. Suatu hari ketika kelas sedang berlangsung, guru itu berkata,  "Menjahit ni seninya tinggi. Banyak kperkara yang dapat kita pelajari. Menjahit umpama kita menjalani sebuah kehidupan, ada waktu kita gembira menjahit, ada waktu kita stres. Sesekali kita tersilap jahit, walau sudah bertahun-tahun kita menjahit benda yang sama. Semua ini akan membentuk sebuah kesabaran. Jika kita tak sabar dan cepat putus asa, kita takkan mampu menjadi tukang jahit yang berjaya. Begitulah juga dengan kehidupan, adakalanya kita gagal sebelum berjaya, kita tertekan dengan segala kesusahan dan ujian dari Tuhan. Hakikatnya, kesabaran sahaja yang akan membantu kita mengatasi sesebuah ujian itu walau sesukar mana sekalipun. Sama jugalah dalam hal mendidik anak. Sesekali kita diuji dengan karenah anak." Saya terkedu dan masih terngiang-...

Tutorial Menjahit Napkin Dewasa

Image
Salam Jumaat penuh barokah. Sudah tiga hari dua malam saya tidur lewat daripada biasa. Ada tempahan segera yang perlu disiapkan. 100 helai napkin untuk sebuah kedai katering berdekatan rumah saya sekarang. Untuk permulaan mereka mahu separuh sahaja dahulu dengan dua jenis warna napkin.  Saya mengambil peluang ini dengan menawarkan sulaman pada napkin tersebut. Sama ada sulaman logo atau sulaman nama kedai sahaja. Akhirnya mereka memilih nama kedai sahaja. Hari ini, saya sedikit lapang, di samping menyiapkan sulaman pada napkin saya mengisi blog saya. Hem... timbul idea ini. Tutorial membuat napkin. Sambil-sambil menyiapkan beberapa helai lagi, saya sajikan para pembaca dengan tutorial ringkas ini. Selamat mencuba.  Sediakan pola sepeti di atas. Boleh juga buat bentuk segiempat mengikut saiz dikehendaki. Untuk tempahan ini pelanggan mahukan saiz Panjang X Lebar = 16" X 16" inci.   Pada bucu potong sperti dalam gambar iaitu jarak 3inci dari hujung....

Mesin Pemotong Kain Elektrik OCTA

Image
Sepi malam mula menyapa. Si Kecil kesayangan sudah dibuai mimpi. Itu pun kerana dipaksa tidur. Diiring tangis dan omelannya meminta coklat, dia tidur tanpa alas. Merajuk kerana mahu coklat tetapi saya tidak membenarkannya. Satu jam mendengar tangisannya barulah dia tidur dengan tenang. Sabarlah ya anak, esok jika panjang umur Mama berikan coklat tersebut. "Sudah malam, tidak elok makan coklat" , saya cuba memujuknya walaupun nampak tidak berkesan. Tenang melihat wajahnya sewaktu tidur. Selesai menanti dia benar-benar melelapkan mata, barulah saya bangkit semula menyambung kerja rutin. Malam ini hendak menyambung jahitan tudung sekolah berwarna hitam. Siang tadi Alhamdulillah, berjaya menyiapkan jahitan dan kemasan awningnya. Malam ini ingin mula menyambungkan ke badan tudung. Cabaran menyiapkan tudung ini ialah fabriknya yang berwarna hitam. Mesin saya tidak mempunyai lampu. Model lama. Terkebil-kebil mata saya cuba mengamati setiap mata jahitan ke atas...

Kisah 50 Helai Tudung: Hanya Cerita Biasa Saja

Image
Bismillah...            Lama tak menyapa blog ini. Tugasan  yang ada masih banyak untuk disiapkan. Kelas blog memang mencabar untuk saya yang masih sangat baru untuk menjinakkan diri dalam dunia penulisan blog. Mujur saja saya ditakdirkan untuk belajar dengan seorang guru yang baik dan sabar. Seandainya saya yang menjadi guru penulisan blog dan punyai murid seperti saya ini, pasti ramai yang sudah kena cubit. Hehe...           Untuk entri kali ini, saya ingin bekongsi cerita kehidupan saya yang biasa-biasa saja. Tidak ada yang terlalu menarik. Namun, saya yakin dan percaya, sesuatu yang biasa-biasa itu andai saja ia baik dan bermanfaat ia pasti membawa kesan yang luar biasa.          Dua hari lepas saya berjaya menyiapkan 50 helai tudung sekolah untuk pelajar prasekolah. Saya menggunakan fabrik jersy micro fiber. Mungkin bagi yang sudah lama dalam bidang jahitan, jumlah itu tidaklah banyak...

PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA

Image
Hari Jumaat penghulu segala hari.  Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2014 ini, saya bersama ahli kumpulan Seharum Melur Ent. telah mengadakan promosi istimewa. Jualan Tudung Mesir petak halus diberi diskaun terbaik. Berikut maklumat yang berkaitan : PROMOSI Sempena Hari Malaysia. Tudung Mesir warna polos. Kain sahaja : Rm26.00 KINI RM 25 sahaja. Tudung segiempat dengan jahit tepi halus (bidang 60,55,50) : Rm28.00 KINI RM27.00 sahaja Tudung labuh dengan jahit tepi halus dan jahit tengah(bulat@bujur) : RM30 KINI RM29.00 SAHAJA. Kos pos : 1-3 helai Rm6 sem/ rm10 Ss ISTIMEWA !!! #Pembelian 4 helai PERCUMA poslaju.# Terma dan Syarat : 1. Proceed selepas bayar. 2. Penghantaran menggunakan pos sahaja. 3. Promosi ini sah sehingga 13 September 2014 SAHAJA. Pm atau whatsapp saya di 0194001674 .