Tempahan Tudung Mesir Petak Halus: Cantik Selesa, Aurat Terjaga
Malam ini saya tidur lewat sedikit. Usai mendodoi anakanda tercinta lebih kurang sejam lebih, saya menyambung tugasan mengemas dan menggosok pakaian kerja suami. Perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur siang tadi terasa meletihkan. Ditambah dengan irama senggugut yang sedikit menyiksakan. Selesai mengemas pakaian, saya menyambung jahitan tudung untuk pelanggan yang telah membuat pembayaran minggu lepas. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Insya'allah esok pagi semuanya akan diposkan. Ops, sewaktu membungkus tudung-tudung tersebut, plastik prabayar pula tak cukup. Mujurlah ada plastik display. Letak kertas alamat siap sedia. Esok di pejabat pos akan diselesaikan pembungkusan. Rutin malamku. Sedia untuk dipos esok. Alhamdulillah nampaknya permintaan terhadap tudung Mesir petak halus kini semakin meningkat. Saya tidak menyangka setiap hari ada saja yang bertanya dan membuat tempahan. Pembelian ada yang sekali 8 helai. Mungkin kerana fabrik ini...