Tempahan Tudung Mesir Petak Halus: Cantik Selesa, Aurat Terjaga

Malam ini saya tidur lewat sedikit. Usai mendodoi anakanda tercinta lebih kurang sejam lebih, saya menyambung tugasan mengemas dan menggosok pakaian kerja suami. Perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur siang tadi terasa meletihkan. Ditambah dengan irama senggugut yang sedikit menyiksakan.


Selesai mengemas pakaian, saya menyambung jahitan tudung untuk pelanggan yang telah membuat pembayaran minggu lepas. 
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Insya'allah esok pagi semuanya akan diposkan.


Ops, sewaktu membungkus tudung-tudung tersebut, plastik prabayar pula tak cukup. Mujurlah ada plastik display. Letak kertas alamat siap sedia. Esok di pejabat pos akan diselesaikan pembungkusan.
Rutin malamku.

Sedia untuk dipos esok.


Alhamdulillah nampaknya permintaan terhadap tudung Mesir petak halus kini semakin meningkat. Saya tidak menyangka setiap hari ada saja yang bertanya dan membuat tempahan. Pembelian ada yang sekali 8 helai. Mungkin kerana fabrik ini selesa, sejuk dipakai bahkan motifnya yang berpetak halus begitu diminati. Saya sendiri sangat sukakan fabrik ini dibuat tudung. Kebanyakan pelanggan lebih suka jika fabrik ini dijadikan tudung bawal atau tudung segiempat sama ada bidang 60 atau 58 atau 55 atau bagi yang bertubuh kecil memilih bidang 50.
Ada juga yang lebih suka jika dijadikan tudung labuh ustazah yang dijahit tengah dan tepi halus. Mudah dipakai. Walau apa pun rekaan yang dipilih, asalkan masih menepati syariat Islam iaitu menutup aurat.
Beginilah tudung Mesir bidang 60 digayakan. Comelkan? Abaikan latar belakang yang bersepah tu ya.

Emm...rasanya cukup setakat ini saja dahulu catatan malam ini. Semoga bermanfaat buat semua. Jika anda berminat untuk membuat tempahan tudung Mesir petak halus ini bolehlah menghubungi saya di talian 0194001674 atau mesej ke face book saya Arnisa Soga. Belum cuba belum tau. ;)

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa':)

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D