Posts

Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan.

Image
Buku ini mengingatkan saya tentang cita-cita selepas PMR dahulu. Saya berangan untuk masuk ke sekolah vokasional. Belajar dalam aliran kemahiran. Namun,  Allah takdirkan saya masuk ke kelas sains. Kini setelah 16 tahun berlalu, saya bertemu semula buku ini walaupun saya bukan lagi budak sekolah. Saya kini menjadi seorang tukang jahit. Yes, I'm a tailor. Sering terjadi sesuatu yang kita doakan dalam hati walau hanya dalam hati, Allah mendengarnya. Tidak tertunai hari ini, bukan bermakna Dia tidak menunaikan doamu tetapi Dia melambatkan seketika. Hanyasanya kerana hanya Dia lebih mengetahui saat dan waktu yang paling tepat untuk memenuhi keperluan seseorang hamba-Nya. Allah Maha Bijaksana dan tak pernah menzalimi setiap ciptaan-Nya. Kita sahaja yang harus memilih jalan kebaikan atau keburukan. Yakinlah bahawa doa kita didengari Allah. Allah kata, "Berdoalah, nescaya akan Aku makbulkan." Selamat hari kemerdekaan ke-57 tahun. Doa saya pagi ini, semoga umat Isla...

Tutorial : Instant Shawl Labuh

Image
Bismillah Assalamualaikum. Apa khabar? Saya sentiasa mendoakan agar para pembaca di luar sana sentiasa dalam kebaikan dan senantiasa istiqomah dengan kebaikan yang dilakukan. Ehem..lama benar saya tak mengisi ruangan blog seciput saya ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan.  Baiklah, untuk ruangan kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang tempahan instant shawl daripada sahabat saya. Beliau kini sedang menuntut di Universiti Az-Zagazig dalam bidang perubatan. Sewaktu beliau menyampaikan hajatnya itu, saya rasa ragu-ragu juga. Maklumlah, saya belum pernah ada pengalaman menjahit tudung-tudung versatile untuk orang lain. Selama ini saya Cuma tahu menjahit tudung labuh untuk saya pakai dan untuk anak dara saya sahaja. Namun, kata orang tua-tua, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Betul tak? Maka bermulalah edisi bingung dalam kepala. Puas saya membelek dan merenung gambar rekabentuk instant shawl yang dikirim sahabat saya itu. Akhirnya saya membu...

Telekung untuk Syuhada'

Image
Tahun ini masuk tahun ke-4 berpuasa dengan adanya si kecil Syuhada'.  Tahun ini agak mencabar apabila dia sudah mula bersekolah dan bergaul dalam lingkungan rakan sebayanya. Sambutan bulan Ramadhan diwar-warkan di segenap pelusuk media hingga semua orang maklum termasuklah si kecil ini. Penuh semangat dia ingin berpuasa atau sebutan lidahnya 'berKuasa'. Kuasa=puasa. Hehe.. Pemintaan beliau untuk menyambut Ramadhan ada dua. Pertama telekung Dora. Kedua, baju jubah Frozen. Katanya nak pakai ke masjid solat tarawikh. Hehe. Untuk tak menghampakan impiannya, saya jahitkanlah dia telekung segera menggubakan kain bermotif Dora dan kawan-kawannya.   Fabrik bermotif Dora ini saya beli sewaktu balik ke kampung saya, Tawau. Di Kuala Lumpur saya pernah mencarinya tetapi hampa. Bagi mengurangkan corak warna- warni ini saya gabungkan kain kosong di bahagian atas badan telekung. Saiz saya gunakan ialah saiz S. Rekabentuk pula saya pilih Lavenda design by Seharum Melur. ...

Kebaikan itu daripada Yang Maha Baik.

Kebaikan itu daripada Yang Maha Baik. Apabila  Allah menghendaki seseorang menjadi baik, maka diberi kemudahan baginya untuk memahami agama, mencintai iman dan bencikan kemaksiatan Hamba yang lidahnya penuh dzikir, tak tergamak untuk berkata cela apalagi mencela. Akalnya yang penuh keimanan tak akan tega melafaz kata dusta. Hamba yang khusyuk dalam solatnya, baik pulalah tutur katanya, kerana dia sedar, Allah... memerhati dan mengetahui setiap perbuatannya. Hatta sedetik degup jantungnya tak pernah terlepas dari pengetahuan-Nya. Terus-menerus hamba itu berdoa untuk kebaikan saudaranya, sehingga malaikat menggantikan doa itu dengan mendoakan kembali kebaikan buat diri si hamba tersebut. Hamba itu yang sentiasa berprasangka baik terhadap sesama manusia akan berprasangka baik kepada Allah... "bahawa setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik dan pasti berakhir dengan indah." Sungguh, Allah itu Maha Baik dan sukakan kebaikan dan Dia tak pernah menzal...

Ketenangan Adalah Kebahagiaan : Ubatlah Hatimu

Image
Bismillah.. Assalamualaikum. Semoga semuanya sihat dan ceria. Suatu malam, saya menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas daripada seseorang yang saya sangat akrab. Lama benar tak mendengar berita dirinya. Sejak kedua-duanya berkahwin dan punyai anak masing-masing, kesibukan mengurus hal keluarga dan kerja rumah sedikit mengekang untuk kami sering berhubung kecuali hal penting. Ya, malam ini kehadiran mesej beliau pastinya ada sesuatu yang sangat penting. Tengah malam begini beliau menghubungi saya, saya anggap bukan suka-suka seperti kami masih perawan dahulu. "Kak, maaf ganggu akak malam-malam begini. Sebenarnya saya tak tahu nak cerita dengan siapa, namun saya dah tak mampu menderita lagi ." Saya segera membalas, "Salam. Ya dik, ceritalah. Insya'allah akak akan bantu." Beberapa ketika handphone saya berbunyi lagi menandakan SMS masuk. " Saya tak tenang kak. Saya tak tahu kenapa saya rasa begini. Saya buntu." " Kenapa? Be...

Telekung Kanak-kanak Ceria

Image
Bismillah. Assalamualaikum para pembaca budiman. Kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi produk saya iaitu Telekung Kanak-kanak Ceria (TKC) Telekung ini menggunakan getah di bahagian lapik dahi. Tujuan menggunakan getah adalah bagi menyelesaikan masalah sempit atau longgar juga membantu anak-anak rasa selesa walaupun dalam keadaan aktif. Tali pengikat juga menggunakan tali bersaiz 1/4 inci. Mudah dipakai. Telekung ini terdapat dalam dua jenis kain iaitu Tetron cotton (TC) dan jersi. Panduan saiz dan ukuran telekung mengikut umur SAIZ SAIZ MUKA (Darab 2) UMUR UKURAN LABUH DEPAN UKURAN LABUH BELAKANG LABUH KAIN SS 10 “ 2-3 25 27 28 S 10.5 4-5 28 30 34 M 11 6-7 31 33 38 L 11.5 8-10 36 37 43 XL 12 11-12 40 42 50   Telekung Kanak-kanak Ceria dari...

Tudung Untuk Anak Dara Comelku

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Sebenarnya, sudah lama saya tidak menjahit tudung kanak-kanak. Ada dalam sebulanlah. Hehe.. Menjahit tudung untuk anak kecil memang menyeronokkan. Apatah lagi yang penuh dengan hiasan dan warna.  Antara rekaan tudung yang pernah saya jahit untuk anak dara saya ialah tudung flora. Saya hanya menggunakan kain jersi dan menggunakan teknik renda pleat di bahagian tepi tudung. Bahagian awning saya hias dengan flower lace timbul. Manakala di hujung awning saya letakkan renda cotton baki renda telekung:) Jimat...:)  Tudung ini saya jahit khas untuk dia pakai semasa majlis walimah adik ipar saya. Hehe.. comelkan? Tudung ini sepasang dengan baju jubah seluarnya. Daripada idea tudung ini saya kembangkan menjadi pelbagai lagi rekaan tudung lain. Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Boleh cuba idea ini ya.