Sejarah Mesin Jahit
Bismillah... Salam kasih sayang buat semua yang sudi membaca. Kali ini saya dengan rendah dirinya ingin berkongsi satu informasi berguna. Khususnya bagi yang suka menjahit di luar sana:). Umum mengetahui bahawa bidang jahitan sudah wujud lama di dunia ini. Sebenarnya bidang jahitan secara umumnya terbahagi kepadaa dua iaitu : Jahitan tangan Jahitan mesin Jahitan Tangan Jahitan jenis ini merupakan permulaan kepada kewujudan bidang jahitan. Sewaktu manusia sudah mula mendapat idea untuk mencantum sesuatu misalnya fabrik, mereka sudah mula menjahit menggunakan teknik ini. Jahitan tangan merupakan kaedah menjahit yang menggunakan tangan sepenuhnya. Jarum dan benang adalah dua benda yang sangat penting bagi aktiviti ini. Antara contoh jahitan tangan zaman dahulu yang sepenuhnya menggunakan tangan ialah jahitan smocking dan sulaman tangan. Di antara jahitan yang masih popular dengan jenis jahitan ini ialah jahitan tulang belud, mata lalat,...