Tutorial : Instant Shawl Labuh

Bismillah
Assalamualaikum. Apa khabar? Saya sentiasa mendoakan agar para pembaca di luar sana sentiasa dalam kebaikan dan senantiasa istiqomah dengan kebaikan yang dilakukan.
Ehem..lama benar saya tak mengisi ruangan blog seciput saya ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan.  Baiklah, untuk ruangan kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang tempahan instant shawl daripada sahabat saya. Beliau kini sedang menuntut di Universiti Az-Zagazig dalam bidang perubatan. Sewaktu beliau menyampaikan hajatnya itu, saya rasa ragu-ragu juga. Maklumlah, saya belum pernah ada pengalaman menjahit tudung-tudung versatile untuk orang lain. Selama ini saya Cuma tahu menjahit tudung labuh untuk saya pakai dan untuk anak dara saya sahaja. Namun, kata orang tua-tua, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Betul tak?
Maka bermulalah edisi bingung dalam kepala. Puas saya membelek dan merenung gambar rekabentuk instant shawl yang dikirim sahabat saya itu. Akhirnya saya membuat keputusan, saya cuba dulu. Hehe..
Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya. Syukur kepada Allah yang memudahkan.

Baiklah, tanpa berlengah lagi, mari kita tengok tutorial tanpa suara ini ya.:)

1. Mula-mula sediakan kain berukuran 1.5m bidang 45", dua jenis. sama ada nak sama warna atau berlainan. Cantik sekiranya berlainan warna. Susun sekali.
2. Kemudian lipat  dua sama rata seperti dalam gambar.
3. Ukur seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Panjang 55" x lebar 35"

4. Tandakan seperti dalam gambar. 
5. Potong mengikut garisan putih tersebut. Bahagian hujung berbentuk curve sedikit.


6. Kemudian, kain yang berwarna coklat gelap(lapisan atas di kurang sebanyak 3inci. Lihat gambar. 
Saya bulatkan berwarna merah bermakna bentuk di bahagian itu ialah curve sedikit untuk kedua-dua belah kain.


Ini ialah lakaran pola apabila shawl ini dibuka. Bahagian kuning tu ialah kedudukan awning.

 7. Langkah seterusnya ialah membuat awning atau pelapik. Untuk shawl ini gunakan soft awning supaya mudah dibasuh.
Ukuran awning boleh lihat dalam gambar ya. 4.5inci x 15 inci.
Caranya, sediakan kain untuk awning (fabrik curdroy atau double cotton atau lycra tebal) berukuran 6inc x 16inc.
Jangan potong dahulu sebaliknya biar sahaja ia berbentuk segi empat.

 8. Lipat seperti dalam gambar. Ada lebihan sedikit di tepi.

 9. Kira-kira 0.5inci, jahitkan awning itu dari sebelah dalam dahulu.

10. Jahit seperti dalam gambar.
 11. Kemudian, kemaskan dengan seterika. Setelah itu, jahit pula bahagian sebela jahitan tadi. (Lihat gambar)

12. Terbalikkan kain tadi dan gosok hingga kemas bahagian jahitan tadi. Lihat hasilnya, kemas bukan?

13. Langkah seterusnya, ukur mengikut saiz 4.5" X 15@14.5 ". Tandkan dengan kapur. Bentukkan seperti di bawah, dan potong dengan kemas.


14. Jahit tepi halus bahagian kain badan shawl ini ,iaitu bahagian bukan sebaris dengan tempat awning. dua belah kain mesti di jahit tepi.
15. Rujuk lakaran pola. Susun sama rata kain tersebut.Tandakan tititk tengah. Bagi mengelakkan susun kain lari, cuba pin atau jahit kasar dahulu bahagian atas iaitu kawasan yang akan kita pasang awning.
 16. Pasang awning dengan kemas.
17. Buat top stitch bagi mengemaskan bahagian sambungan awning.

18. Beginilah hasilnya:)

18. Begini jika dilipat dua.

20. Cara memakainya, pinkan di bawah dagu, pin kedua di sebelah kiri atau kanan, pin ketiga tarik salah satu hujung dan bawa ke belakang kepala. Mudahkan. Selamat mencuba

Comments

  1. kalau nk buat labuh,nk guna bidang berapa?bolehkan bhgian dpn tudung dibuat panjang sblh untuk labuhkan tudung?

    ReplyDelete
  2. saya xpaham la pada gamabar 10 & 11.. nk jahit yang bahagian mana ye?

    ReplyDelete
  3. saya xpaham la pada gamabar 10 & 11.. nk jahit yang bahagian mana ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa':)

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada