Telekung untuk Syuhada'
Tahun ini masuk tahun ke-4 berpuasa dengan adanya si kecil Syuhada'. Tahun ini agak mencabar apabila dia sudah mula bersekolah dan bergaul dalam lingkungan rakan sebayanya. Sambutan bulan Ramadhan diwar-warkan di segenap pelusuk media hingga semua orang maklum termasuklah si kecil ini. Penuh semangat dia ingin berpuasa atau sebutan lidahnya 'berKuasa'. Kuasa=puasa. Hehe..
Pemintaan beliau untuk menyambut Ramadhan ada dua. Pertama telekung Dora. Kedua, baju jubah Frozen. Katanya nak pakai ke masjid solat tarawikh. Hehe. Untuk tak menghampakan impiannya, saya jahitkanlah dia telekung segera menggubakan kain bermotif Dora dan kawan-kawannya.
Fabrik bermotif Dora ini saya beli sewaktu balik ke kampung saya, Tawau. Di Kuala Lumpur saya pernah mencarinya tetapi hampa.
Bagi mengurangkan corak warna- warni ini saya gabungkan kain kosong di bahagian atas badan telekung. Saiz saya gunakan ialah saiz S. Rekabentuk pula saya pilih Lavenda design by Seharum Melur.
Walaupun jam telah menunjukkan jam 12 tengah malam, dia masih menahan mata semata-mata mahukan telekungnya disiapkan. Hehe.
Alhamdulillah, projek 1 jam setengah ini berjaya disiapkan dan telah dipakai oleh pemiliknya. Senyum hingga ke telinga dia sewaktu saya maklumkan sudah siap. Pagi tadi dia dengan penuh semangat membawa telekung tersebut ke sekolah kerana setiap pagi mereka akan solat sunat Dhuha berjemaah. Mujurlah ada lebihan beg telekung saya jahit dan simpan untuk stok. Kalau tak mungkin ada nyanyian lagu air mata waktu pagi hari daripada si kecil ini dan pasti dia bertanya akan beg telekungnya. Hehe.
Baiklah,sekadar ini dahulu coretan saya malam ini. Semoga ada manfaatnya.
Wassalam.

Comments
Post a Comment