Posts

Showing posts from May, 2014

TELEKUNG SEDONDON SI PUTIH MELUR

Image
Bismillah... Alhamdulillah...antara hasil minggu ini yang terpilih untuk dimasukkan dalam entri kali ini. Koleksi sedondon rona putih untuk ibu dan anak umur 4 tahun. Mereka (padahal ibunya saja..hehe) memilih putih sebagai warna tema. -Lihat gambar- Cuba-cuba edit gambar menggunakan photogrid. Pemilihan renda sebagai hiasan utama lapik dahi menjadikan telekung ini kelihatan eksklusif.Hehe..betulkah bahasa ini? Penggunaan renda kecil berbentuk bunga enam kelopak menambah lagi seri bahagian lapik dahi.  Telekung ini,seperti biasa menekankan aspek menepati syariat, selesa dan cantik.  Sisi paling penting, telekung ini dipasang dengan lapik dada yang labuhnya melepasi dada. Tujuannya agar pemakai benar-benar menutup aurat. Tiada lagi was was-was. Bagi membuat tempahan boleh menghubungi Kak Nisa' di talian 0194001674. Boleh sms atau whatsapp. Jemput LikE and share page saya Seharum Melur Enterprise. Terima kasih ibu yang menempah. Semoga selesa  bersolat

Memandu Ego

Image
Bismillah Wal Hamdulillah... Panjatkan rasa syukur ke hadrat Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.  Assalamualaikum wtb.  Hari ini istimewa untuk saya. Alhamdulillah, diizinkan untuk menginjak lantai usia ke 31 tahun. Seawal maghrib semalam suami menelefon dari tempat kerja mengajak kami keluar makan. Katanya ingin meraikan hari lahir saya. Hehe…tersipu-sipu diri ini. Memilih tempat berhampiran rumah sahaja bukan main lamanya kerana tapak parkir penuh semuanya. Anak dara kami sudah bising. Ketika memasuki kawasan parkir yang agak jauh dari tempat makan pilihan kami, anak kecil itu berdoa,” Ya Allah bagilah abah dapat tempat parking..Kesian kat kami..”. Suara halusnya terdengar jelas sekali. Comel dan menyentuh rasa hati. Semasa masuk ke tempat makan, di sebuah restoran sederhana saja, sekumpulan manusia duduk di sebelah meja pilihan kami. Lagaknya seperti sedang berbincang hal penting. Mereka kelihatan begitu asyik bercakap. Sewaktu hampir habis kami makan, mereka

TELEKUNG DEWASA NUR

Image
Bismillahirrahmanirrahiim... Assalamualaikum. Memperkenalkan telekung dewasa yang   saya namakan Telekung Nur,   Koleksi Seharum Melur. Cantik. Selesa. Harga Berpatutan. Material Fabrik : Tetron Cotton@TC berkualiti.  Abaikan budak kenit di sebelah tu.  Lapik dada yang labuh.   Boleh pilih warna kesukaan anda.  Ciri-ciri telekung ini : -Penggunaan fabrik yang sejuk, ringan dan mudah dibasuh. -Menggunakan renda berwarna sebagai hiasan lapik dahi ditambah dengan lace kecil di hujung lapik dahi. - Lapik dada labuh menutupi pangkal leher dan dada. Jika inginkan ekstra, boleh dilabuhkan hingga ke pinggang. -Keselesaan bahagian muka , tidak perlu memakai anak tudung lagi. Ukuran telekung : Labuh depan 46inci hingga 50 inci Labuh belakang 48- 51 inci Ukuran labuh kain : 58 inci Lebar kain : 68 inci keliling Lilitan muka :  S = 23 inci  M = 24 inci  L = 25 inci XL = 2

Langkah Saya Baru Bermula

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Memulakan langkah memang perit. Bukan mudah. Jatuh bangun pasti ada. Begitulah yang ada dalam benak dan fikiran saya. Saya tidak dapat membayangkan apakah cabaran yang bakal ada di hadapan. Membawa Seharum Melur Enterprise yang masih terlalu baru, sekali lagi saya katakan bukan mudah kerjanya. Namun, itu adalah lumrah dan mahar yang mesti dibayar demi sebuah kejayaan yang diidamkan.   Nama saya Arnisa binti Soga, nama yang diberikan oleh orang tua saya. Dilahirkan pada 30 Mei 1983, di Hospital Besar Tawau, Sabah, bumi di bawah bayu. Saya dibesarkan dalam keluarga sederhana dan mempunyai 12 orang adik beradik. Saya yang keenam. Perpisahan ibu dan ayah sewaktu usia saya masih setahun lebih membuatkan bilangan kami adik beradik menjadi ramai kerana ibu dan ayah masing-masing berkahwin baru. Sewaktu usia saya 7 tahun, saya dihantar ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Tawau, Sabah. Di situlah saya mula mendapat pendidikan akademik