Posts

Showing posts from 2015
Kebaikan itu daripada Yang Maha Baik. Apabila  Allah menghendaki seseorang menjadi baik, maka diberi kemudahan baginya untuk memahami agama, mencintai iman dan bencikan kemaksiatan Hamba yang lidahnya penuh dzikir, tak tergamak untuk berkata cela apalagi mencela. Akalnya yang penuh keimanan tak akan tega melafaz kata dusta. Hamba yang khusyuk dalam solatnya, baik pulalah tutur katanya, kerana dia sedar, Allah... memerhati dan mengetahui setiap perbuatannya. Hatta sedetik degup jantungnya tak pernah terlepas dari pengetahuan-Nya. Terus-menerus hamba itu berdoa untuk kebaikan saudaranya, sehingga malaikat menggantikan doa itu dengan mendoakan kembali kebaikan buat diri si hamba tersebut. Hamba itu yang sentiasa berprasangka baik terhadap sesama manusia akan berprasangka baik kepada Allah... "bahawa setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik dan pasti berakhir dengan indah." Sungguh, Allah itu Maha Baik dan sukakan kebaikan dan Dia tak pernah menzali

Projek Telekung Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur

Image
Seminggu yang penuh cabaran. Terkeja-kejar memenuhi permintaan pelanggan. Tudung sekolah, telekung kanak-kanak, dan album pouch. Paling mencabar ialah menyiapkan tempahan telekung untuk projek beli dan wakaf untuk mangsa banjir dan surau serta masjid di Pantai Timur ketika ini. Projek ini pada asalnya bermula apabila saya menjahit beberapa pasang untuk dihantar sebagai sumbangan individu saya. Saya tidak banyak wang untuk disedekahkan. Namun, setiap kali melihat gambar-gambar mangsa banjir, runtun jiwa saya. Lalu saya terfikir untuk menambah lagi pemberian berdasarkan kain-kain telekung yang belum berjahit masih ada dalam simpanan saya. Ketika rakan saya yang mengutip sumbangan datang ke rumah untuk mengambil telekung-telekung tersebut, dia mencadangkan supaya saya sediakan harga untuk pakej beli dan wakaf. Saya tidak setuju kerana pada anggapan saya biarlah saya sedekah saja cukuplah. Esoknya saya tambah lagi beberapa pasang. Seharian menyiapkannya. Jam 4.30pagi. Sebelum saya me

Tirai 2015: Semoga Duka Menyubur Iman

Image
Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya. 2015 muncul, membuka tirai baru. Seawal tahun ini, umum mengetahui dan merasai kepiluan yang bukan kepalang. 2014 yang ditutup dengan musibah banjir. Kerosakan dan kematian yang tidak pernah dijangka. Belum sempat menginjak lantai 2015, di hujung tahun malang 2014 itu dunia dikejutkan dengan petaka QZ8501 terhempas di lautan. Sekali lagi air mata mengiringi. Sungguh, musibah datang tanpa dijangka. Kehilangan, kesakitan adalah sebahagian daripada kehidupan. Hakikatnya, semua itu adalah ujian. Kesusahan, kesedihan, perpisahan, kehilangan, bahkan kesenangan dan kemewahan juga merupakan ujian. Hidup ini sesungguhnya adalah sebuah ujian. Setiap jiwa yang dihidupkan di dunia ini tidak telepas daripada ujian. Untuk apa? Bagi ALLAH Tuhan Yang Maha Berkuasa, sebuah ujian adalah bagi melihat siapakah antara hamba-hamba-Nya yang paling mencintai-Nya. Untuk seorang hamba, sepatutnya setiap ujian adalah tingkat pertambahan iman. Sejauh mana ki