Mak Cik Sya yang Menginspirasikan
Kemarin, saya bersama anak-anak singgah solat Zohor di sebuah masjid. Rancangan hendak ke Jabatan Haiwan membawa si Ben yang sakit. Saat kami sedang bersiap untuk berwudhu', saya terserempak cleaner masjid, yang mesra dengan panggilan Mak Cik Sya. Mak Cik Sya sangat penyayang dengan kucing. Hampir setiap kali kami bertemu di masjid, perkara utama yang akan dibualkan beliau adalah berkenaan kucing, terutamanya kucing-kucing di masjid itu. Setiap hari Mak Cik Sya akan membawa makanan dari rumahnya untuk diberi kepada kucing-kucing di masjid tersebut. Bukan setakat beri makanan, segala najis kucing dan tempat tidur kucing-kucing di situ pun Mak Cik Sya uruskan. Sewaktu hendak berlalu ke ruang solat, sempat Mak Cik Sya bertanya, " Anak mau balik sudah lepas solat?" "Lepas ni ke Klinik Jabatan Haiwan dulu Mak Cik. Bawa kucing saya, cirit birit teruk sudah. Di situ murah juga kosnya." Jawab saya pantas. "Oh, bolehkah bawa sekali Si Putih? Sama juga saki