Bismillah... Assalamualaikum. Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi turun temurun keluarga saya. Hehe... sudi-sudilah ya. Nama resepi ini ialah Bergedil Jagung Kak Nisa':) Bahan-bahan : 3 biji jagung manis (ambil isi sahaja) 1 biji telur ayam 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Halia 1-2cm Lada putih/hitam Daun sup Tepung gandum sedikit Garam Gula Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara menyediakan : Jagung yang telah dibasuh bersih diambil isi. Kemudian tumbuk kasar jagung tersbut untuk mengeluarkan jusnya tetapi jangan dibuang. Tujuannya bagi mengelakkan ia meletup-letup ketika digoreng Ketepikan jagung yang telah ditumbuk tadi. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih/hitam tadi dibersihkan kemudian tumbuk sekali semua hingga lumat. Setelah itu, campurkan semua bahan tersebut ke dalam jagung tadi. Gaulkan. Masukkan pula sedikit tepung gandum kira-kira 4 sudu makan penuh. Masukkan pula hirisan d
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat wal'afiat belaka, insya'Allah. Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan cara membuat setting jahit tepi halus gedik menggunakan mesin jahit tepi mudah alih Brother 3034D. Insya'Allah saya akan berikan tutorialnya menggunakan gambar tanpa suara berikut. Semoga mudah difahami. Akhir sekali saya ingatkan, jangan lupa cabut tapak jahit halus biasa. Kalau tak cabut, jahitan tetap akan besar walaupun setting yang lain sudah betul. Selamat mencuba!
Bismillah... Apa khabar semua? Semoga dalam lindungan Allah hendaknya. Hari ini mesti ramai yang sedang berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Mungkin juga ada yang sibuk menghadiri jemputan kenduri, membawa anak-anak bersiar-siar atau memilih duduk saja di rumah. Jika tidak tahu hendak buat apa hari ini, mungkin anda boleh mencuba tutorial membuat jubah menyusu berlapik dada ini. Hendak cuba pada jubah lama pun boleh, tetapi kena pastikan reka bentuk adalah seperti dalam gambar iaitu berbutang di depan atau berzip. Penting juga menggunakan lapik dada untuk baju begini. Hal ini bagi mengelakkan aurat terbuka tanpa kita sedar atau dengn kata lain taklah nampak seksi ketika menyusukan anak walaupun di dalam rumah apalagi sewaktu di khalayak ramai. Ada pula situasi ibu yang kadangkala terlupa menutup zip atau butang selepas menyusukan anak. Bahaya tu. Hehe… Cara ini mudah sahaja. Sekali lagi saya sertakan tutorial tanpa suara ini. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment