Posts

Showing posts from September, 2014

PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA

Image
Hari Jumaat penghulu segala hari.  Sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2014 ini, saya bersama ahli kumpulan Seharum Melur Ent. telah mengadakan promosi istimewa. Jualan Tudung Mesir petak halus diberi diskaun terbaik. Berikut maklumat yang berkaitan : PROMOSI Sempena Hari Malaysia. Tudung Mesir warna polos. Kain sahaja : Rm26.00 KINI RM 25 sahaja. Tudung segiempat dengan jahit tepi halus (bidang 60,55,50) : Rm28.00 KINI RM27.00 sahaja Tudung labuh dengan jahit tepi halus dan jahit tengah(bulat@bujur) : RM30 KINI RM29.00 SAHAJA. Kos pos : 1-3 helai Rm6 sem/ rm10 Ss ISTIMEWA !!! #Pembelian 4 helai PERCUMA poslaju.# Terma dan Syarat : 1. Proceed selepas bayar. 2. Penghantaran menggunakan pos sahaja. 3. Promosi ini sah sehingga 13 September 2014 SAHAJA. Pm atau whatsapp saya di 0194001674 .

Telekung Lavenda Buat Si Manja

Image
Material fabrik telekung ialah TC (tetron cotton) Material fabrik beg ialah heavy cotton. Harga telekung dan beg adalah mengikut saiz. Sebarang tempahan boleh hubungi kami di talian 019-4001674 (SMS atau Whatsapp)  atau  hantar mesej ke Facebook Seharum Melur Enterprise  atau e-mel ke arnisasoga@gmail.com atau terus isikan borang tempahan dalam blog ini di ruangan BORANG TEMPAHAN

TUTORIAL : Jubah Menyusu Dengan Lapik Dada

Image
Bismillah... Apa khabar semua? Semoga dalam lindungan Allah hendaknya. Hari ini mesti ramai yang sedang berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Mungkin juga ada yang sibuk menghadiri jemputan kenduri, membawa anak-anak bersiar-siar atau memilih duduk saja di rumah. Jika tidak tahu hendak buat apa hari ini, mungkin anda boleh mencuba tutorial membuat jubah menyusu berlapik dada ini. Hendak cuba pada jubah lama pun boleh, tetapi kena pastikan reka bentuk adalah seperti dalam gambar iaitu berbutang di depan atau berzip. Penting juga menggunakan lapik dada untuk baju begini. Hal ini bagi mengelakkan aurat terbuka tanpa kita sedar atau dengn kata lain taklah nampak seksi ketika menyusukan anak walaupun di dalam rumah apalagi sewaktu di khalayak ramai.  Ada pula situasi ibu yang kadangkala terlupa menutup zip atau butang selepas menyusukan anak. Bahaya tu.  Hehe… Cara ini mudah sahaja. Sekali lagi saya sertakan tutorial tanpa suara ini. Selamat mencuba!

Mengajar Anak Tidur di Bilik Sendiri: Cadar Pertama Buat Syuhada'

Image
M endidik anak memang memerlukan kesabaran. Asas Islami dalam kehidupan mesti kita pelajari dan amalkan. Apatah lagi ketika anak sudah mula membesar dan mula memahami perkara abstrak dalam aktiviti sehariannya.  'Awwaluddin Ma'rifatullah' Awal agama mengenal Allah. Satu hari, ketika saya sedang mengemas bilik jahitan saya, anak saya Syuhada' yang berusia tiga tahun 7 bulan datang menyapa saya.  "Mama, kenapa Mama salam dan peluk abah. Mama kan girl, abah kan boy. Girl dengan boy mana boleh pegang-pegang, joget-joget, peluk-peluk. ", dia berbicara penuh semangat hingga butir katanya seperti orang dewasa. Saya terkejut. Dalam hati rupanya anak saya ini membuat pemerhatian dan mula membanding dengan nasihat yang pernah saya berikan kepadanya.  "Kat mana Syuhada' tengok Mama peluk abah? " "Kan pagi tadi Mama salam abah dan peluk abah, masa abah nak pergi kerja tu." , dia terus memberi penjelasan. Kepala saya suda

Tutorial: Membuat Jahitan Tepi Halus Menggunakan Mesin Brother Model 3034D

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat wal'afiat belaka, insya'Allah.  Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan cara membuat setting  jahit tepi halus gedik menggunakan mesin jahit tepi mudah alih Brother 3034D. Insya'Allah saya akan berikan tutorialnya menggunakan gambar tanpa suara berikut. Semoga mudah difahami.  Akhir sekali saya ingatkan, jangan lupa cabut tapak jahit halus biasa. Kalau tak cabut, jahitan tetap akan besar walaupun setting yang lain sudah betul. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Panggang Habbatus Sauda'

Image
Bismillah Assalamualaikum. Hari ini nak masak apa? Jikalau tiada idea, mungkin boleh mencuba resepi saya ini. Ayam panggang dengan rempah habbatus sauda'. Resepi ini telah saya olah daripada resepi ayam panggang ala Kenny Roagers. Hehe...Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Cukup mudah. Bahan-bahan : 1. Setengah ekor ayam dibersihkan (tak perlu potong kecil). (Saya suka lumur dengan tepung dan kemudian basuh bagi memudahkan lendir dan hanyir ayam hilang.)ih 2. Dua biji bawang besar. 3. 3 ulas bawang putih. 4. 3cm halia 5. Tiga sudu besar sos lada hitam 6. Lada hitam biji (ditumbuk kasar) 7. Dua cubit biji habbatus suda' 8. Halba campur 8. Garam secukup rasa 9. Gula pasir dua sudu besar 10. Dua sudu besar madu 11. Dua sudu besar mentega@marjerin Cara menyediakan : Ayam yang sudah dibersihkan diperap dengan bahan-bahan berikut : Bawang besar, bawang putih,dan halia yang sudah dikisar. Bahan-bahan rempah, gula, garam, madu,

Tempahan Tudung Mesir Petak Halus: Cantik Selesa, Aurat Terjaga

Image
Malam ini saya tidur lewat sedikit. Usai mendodoi anakanda tercinta lebih kurang sejam lebih, saya menyambung tugasan mengemas dan menggosok pakaian kerja suami. Perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur siang tadi terasa meletihkan. Ditambah dengan irama senggugut yang sedikit menyiksakan. Selesai mengemas pakaian, saya menyambung jahitan tudung untuk pelanggan yang telah membuat pembayaran minggu lepas.  Alhamdulillah siap juga akhirnya. Insya'allah esok pagi semuanya akan diposkan. Ops, sewaktu membungkus tudung-tudung tersebut, plastik prabayar pula tak cukup. Mujurlah ada plastik display. Letak kertas alamat siap sedia. Esok di pejabat pos akan diselesaikan pembungkusan. Rutin malamku. Sedia untuk dipos esok. Alhamdulillah nampaknya permintaan terhadap tudung Mesir petak halus kini semakin meningkat. Saya tidak menyangka setiap hari ada saja yang bertanya dan membuat tempahan. Pembelian ada yang sekali 8 helai. Mungkin kerana fabrik ini