Posts

Showing posts from June, 2014

Telekung untuk Syuhada'

Image
Tahun ini masuk tahun ke-4 berpuasa dengan adanya si kecil Syuhada'.  Tahun ini agak mencabar apabila dia sudah mula bersekolah dan bergaul dalam lingkungan rakan sebayanya. Sambutan bulan Ramadhan diwar-warkan di segenap pelusuk media hingga semua orang maklum termasuklah si kecil ini. Penuh semangat dia ingin berpuasa atau sebutan lidahnya 'berKuasa'. Kuasa=puasa. Hehe.. Pemintaan beliau untuk menyambut Ramadhan ada dua. Pertama telekung Dora. Kedua, baju jubah Frozen. Katanya nak pakai ke masjid solat tarawikh. Hehe. Untuk tak menghampakan impiannya, saya jahitkanlah dia telekung segera menggubakan kain bermotif Dora dan kawan-kawannya.   Fabrik bermotif Dora ini saya beli sewaktu balik ke kampung saya, Tawau. Di Kuala Lumpur saya pernah mencarinya tetapi hampa. Bagi mengurangkan corak warna- warni ini saya gabungkan kain kosong di bahagian atas badan telekung. Saiz saya gunakan ialah saiz S. Rekabentuk pula saya pilih Lavenda design by Seharum Melur.

Kebaikan itu daripada Yang Maha Baik.

Kebaikan itu daripada Yang Maha Baik. Apabila  Allah menghendaki seseorang menjadi baik, maka diberi kemudahan baginya untuk memahami agama, mencintai iman dan bencikan kemaksiatan Hamba yang lidahnya penuh dzikir, tak tergamak untuk berkata cela apalagi mencela. Akalnya yang penuh keimanan tak akan tega melafaz kata dusta. Hamba yang khusyuk dalam solatnya, baik pulalah tutur katanya, kerana dia sedar, Allah... memerhati dan mengetahui setiap perbuatannya. Hatta sedetik degup jantungnya tak pernah terlepas dari pengetahuan-Nya. Terus-menerus hamba itu berdoa untuk kebaikan saudaranya, sehingga malaikat menggantikan doa itu dengan mendoakan kembali kebaikan buat diri si hamba tersebut. Hamba itu yang sentiasa berprasangka baik terhadap sesama manusia akan berprasangka baik kepada Allah... "bahawa setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik dan pasti berakhir dengan indah." Sungguh, Allah itu Maha Baik dan sukakan kebaikan dan Dia tak pernah menzal

Ketenangan Adalah Kebahagiaan : Ubatlah Hatimu

Image
Bismillah.. Assalamualaikum. Semoga semuanya sihat dan ceria. Suatu malam, saya menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas daripada seseorang yang saya sangat akrab. Lama benar tak mendengar berita dirinya. Sejak kedua-duanya berkahwin dan punyai anak masing-masing, kesibukan mengurus hal keluarga dan kerja rumah sedikit mengekang untuk kami sering berhubung kecuali hal penting. Ya, malam ini kehadiran mesej beliau pastinya ada sesuatu yang sangat penting. Tengah malam begini beliau menghubungi saya, saya anggap bukan suka-suka seperti kami masih perawan dahulu. "Kak, maaf ganggu akak malam-malam begini. Sebenarnya saya tak tahu nak cerita dengan siapa, namun saya dah tak mampu menderita lagi ." Saya segera membalas, "Salam. Ya dik, ceritalah. Insya'allah akak akan bantu." Beberapa ketika handphone saya berbunyi lagi menandakan SMS masuk. " Saya tak tenang kak. Saya tak tahu kenapa saya rasa begini. Saya buntu." " Kenapa? Be

Telekung Kanak-kanak Ceria

Image
Bismillah. Assalamualaikum para pembaca budiman. Kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi produk saya iaitu Telekung Kanak-kanak Ceria (TKC) Telekung ini menggunakan getah di bahagian lapik dahi. Tujuan menggunakan getah adalah bagi menyelesaikan masalah sempit atau longgar juga membantu anak-anak rasa selesa walaupun dalam keadaan aktif. Tali pengikat juga menggunakan tali bersaiz 1/4 inci. Mudah dipakai. Telekung ini terdapat dalam dua jenis kain iaitu Tetron cotton (TC) dan jersi. Panduan saiz dan ukuran telekung mengikut umur SAIZ SAIZ MUKA (Darab 2) UMUR UKURAN LABUH DEPAN UKURAN LABUH BELAKANG LABUH KAIN SS 10 “ 2-3 25 27 28 S 10.5 4-5 28 30 34 M 11 6-7 31 33 38 L 11.5 8-10 36 37 43 XL 12 11-12 40 42 50   Telekung Kanak-kanak Ceria daripada

Tudung Untuk Anak Dara Comelku

Image
Bismillah. Assalamualaikum. Sebenarnya, sudah lama saya tidak menjahit tudung kanak-kanak. Ada dalam sebulanlah. Hehe.. Menjahit tudung untuk anak kecil memang menyeronokkan. Apatah lagi yang penuh dengan hiasan dan warna.  Antara rekaan tudung yang pernah saya jahit untuk anak dara saya ialah tudung flora. Saya hanya menggunakan kain jersi dan menggunakan teknik renda pleat di bahagian tepi tudung. Bahagian awning saya hias dengan flower lace timbul. Manakala di hujung awning saya letakkan renda cotton baki renda telekung:) Jimat...:)  Tudung ini saya jahit khas untuk dia pakai semasa majlis walimah adik ipar saya. Hehe.. comelkan? Tudung ini sepasang dengan baju jubah seluarnya. Daripada idea tudung ini saya kembangkan menjadi pelbagai lagi rekaan tudung lain. Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Boleh cuba idea ini ya.

Rak Benang

Image
   Bismillah. Assalamualaikum.. Bagi yang sudah biasa menjahit atau tukang jahit, pasti anda biasa mengalami masalah benang bergulung atau saling berkait satu sama lain kan?Maksud saya di sini, apabila anda menyimpan benang yang tidak digunakan waktu itu dalam satu bekas, benang-benang tersebut sering kait mengait atau berselirat satu sama lain. Hal ini menyebabkan benang tersebut adakalanya terpaksa dipotong atau diputuskan. Membazir bukan? Baiklah, untuk entri kali ini, saya nak kongsikan tips untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sediakan rak benag atau bekas yang kita boleh letakkan benang secara menegak. Kenapa menegak? Jawapannya, agar kita mudah mengambil benang yang ingin digunakan tanpa menarik benang yang lain. Jika kita meletaknya secara melintang@baring ia akan bersusun dan inilah yang akan menyebabkan benang-benang tersebut bersangkutan dengan benang lain sewaktu kita mengambil benang khususnya di bahagian bawah.Akhirnya nanti akan bergumpal-gumpal. Sakit mata m

Telekung Kanak-kanak Manja

Image
Bismillah... Assalamualaikum.  Semoga sihat dan ceria hendaknya. Untuk produk kali ini, saya ingin memperkenalkan Telekung Kanak-kanak Manja.    Model comel mencuba. Beliau sedang tidur nyenyak saya kejutkan. Hihi.. Telekung ini merupakan tempahan daripada seorang ibu yang bakal berangkat ke Mesir. Dua minggu sebelum bertolak beliau membuat tempahan ini untuk dihadiahkan kepada puterinya di sana nanti. Telekung ini bersaiz S, sesuai dengan anak beliau berumur 2 tahun. Ukuran labuh depan 28 inci, manakala belakang 20 inci.  Bahagian lapik dahi saya gunakan piping untuk mengemaskannya. Renda berwarna merah jambu lembut saya susun dua baris kerana renda ini kecil iaitu 1 inci lebar sahaja. Saya menggunakan kain polycotton Euro yang tebal tetapi lembut dan halus. Sangat mudah diseterika. Untuk pengikat kepala, saya gunakan getah berukuran 1/4 inci lebar. Getah elastik ini sangat lembut dan tidak sakit bila terkena di telinga. Baiklah. sekadar itu dahulu

Resepi Bergedil Jagung Kak Nisa':)

Image
Bismillah... Assalamualaikum.  Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi turun temurun keluarga saya. Hehe... sudi-sudilah ya. Nama resepi ini ialah Bergedil Jagung Kak Nisa':) Bahan-bahan : 3 biji jagung manis (ambil isi sahaja) 1 biji telur ayam 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Halia 1-2cm Lada putih/hitam Daun sup Tepung gandum sedikit Garam Gula Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara menyediakan : Jagung yang telah dibasuh bersih diambil isi. Kemudian tumbuk kasar jagung tersbut untuk mengeluarkan jusnya tetapi jangan dibuang. Tujuannya bagi mengelakkan ia meletup-letup ketika digoreng Ketepikan jagung yang telah ditumbuk tadi. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih/hitam tadi dibersihkan kemudian tumbuk sekali semua hingga lumat. Setelah itu, campurkan semua bahan tersebut ke dalam jagung tadi. Gaulkan. Masukkan pula sedikit tepung gandum kira-kira 4 sudu makan penuh. Masukkan pula hirisan d